28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pura-Pura Miskin Demi Simpati? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum terhadap individu yang berpura-pura miskin demi meraih perhatian orang ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] 6 Jersi Piala Dunia Ada Lambang Salib? Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Memakainya 

    Artikel Berkaitan: Menjelang Awal Muharram, Ustaz Azhar Idrus Ajak Umat Islam Perbanyak Istighfar & Doa

    Hukum pura-pura miskin

    Tindakan segelintir individu yang berpura-pura miskin demi meraih simpati bukan lagi sesuatu yang asing terutama di media sosial.

    Ada yang sanggup mereka cerita dan memanipulasikan keadaan untuk mendapatkan bantuan kewangan, sumbangan atau perhatian umum.

    Menurut Ustaz Azhar Idrus, haram bagi individu menipu tentang keadaan kewangan untuk mendapatkan bantuan yang diperuntukkan kepada golongan miskin.

    Kalau pura-pura miskin sampai tipu penyata, demi mendapatkan hak orang miskin yang lain.

    Maka hukumnya haram.

    Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus turut mengingatkan agar tidak sewenang-wenangnya menerima sumbangan sehingga mengambil hak mereka yang benar-benar memerlukan.

    Ingat ya, kalau kita nak terima bantuan. Kena tengok jenis sumbangan.

    Ada sumbangan khusus untuk orang miskin. Maka haram orang kaya ambil.

    Ada bantuan untuk nelayan, maka penoreh getah haram terima.

    Sumber: TikTok @Ustaz azhar idrus

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Kongsi Momen Sufi Rashid Mengidam Makan Durian – ‘Dahsyat Betul Penangan Anak Dia’

    The post Pura-Pura Miskin Demi Simpati? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah