Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Keputusan itu dibuat atas alasan memberi tumpuan penuh kepada pentadbiran kerajaan negeri.
"Peletakan jawatan ini tiada kaitan langsung dan tidak menjejaskan kedudukan saya sebagai menteri besar Perlis.
“Saya melepaskannya semata-mata kerana tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada MPT dalam keadaan kesibukan di Perlis ketika ini,” dia dipetik sebagai berkata oleh BH.
[Berita penuh menyusul]





