29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FIFA Nafi Memihak Argentina, Pertahan Integriti Pengadilan

    Shopee Sale

    Ketua Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina tampil mempertahankan kualiti pengadilan selepas timbul dakwaan berat sebelah yang memihak kepada Argentina.

    Artikel Berkaitan: Alami Semula Detik Epik Piala Dunia Dengan FIFA+ di Tonton! Ini Caranya

    Artikel Berkaitan: Juara World Cup 2026 Bakal Bawa Pulang RM235 Juta, Portugal Raih RM61.1 Juta Selepas Tersingkir Di Pusingan 16 Terbaik

    Pengadil bertindak adil

    Memetik laporan Al Jazeera, keputusan pengadil mengundang bantahan daripada kem Mesir yang mendakwa beberapa insiden penting telah menjejaskan peluang pasukan itu untuk bergelar juara.

    Mengulas lanjut, Collina menepis dakwaan susulan ketidakadilan sekali gus menegaskan keputusan pengadil sentiasa menjadi sebahagian daripada permainan bola sepak.

    MENARIK:  Zamarul Hisham Kini Bergantung Pada Ubat, Perlu Jalani Satu Lagi Prosedur Sten Jantung – ‘Saya Bawa Ubat Kemana-Mana’

    Tegasnya, tiada mana-mana pihak berhak mempersoalkan apatah lagi mendakwa keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh individu tertentu.

    Perbincangan membina mengenai keputusan pengadil sentiasa menjadi sebahagian daripada bola sepak, tetapi dakwaan tidak berasas tiada tempat dalam sukan ini.

    Tiada siapa boleh mendakwa pengadilan FIFA boleh dipengaruhi oleh sesiapa, malah oleh Presiden FIFA (Gianni Infantino) sekalipun.

    Imbas kembali, kem Mesir mempertikaikan kekalahan apabila jurulatihnya, Hossam Hassan mendakwa wujud kemungkinan tekanan agar Argentina terus mara dalam kejohanan itu.

    Sumber: Al Jazeera

    The post FIFA Nafi Memihak Argentina, Pertahan Integriti Pengadilan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah