28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sindiket warga asing: SPRM reman 33 individu termasuk 10 pegawai penguat kuasa

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 33 individu termasuk pegawai penguat kuasa dan penjawat awam dalam operasi bersepadu di Putrajaya dan tiga negeri kerana disyaki terbabit dalam sindiket yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan urusan warga asing.

    Menurut sumber, 10 pegawai penguat kuasa ditahan dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 serta mengeluarkan visa, pas dan permit tanpa melalui prosedur ditetapkan.

    Sumber itu memberitahu kesalahan lain yang dikesan adalah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi permohonan dan mendapatkan kuota pekerja asing.

    MENARIK:  Mentaliti 'YOLO' dorong tingkah laku berisiko, tingkatkan kes HIV

    Kesemua mereka yang terdiri daripada 24 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan oleh Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM negeri di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka semalam.

    “Siasatan awal mendapati kesemua mereka disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2021 hingga tahun ini,” menurut sumber itu.

    Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A), 17(a), 17(b) dan 18 Akta SPRM 2009.

    Abd Halim juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah