30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Reaksi Watie Apabila Shuib Menangis Mimpi Arwah Siti Sarah – Kenapa Dia Sedih?

    Shopee Sale



    Usahawan dan isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi momen ketika sedang tidur bersama suaminya baru-baru ini menerusi siaran langsung di media sosial.

    Mimpi arwah Sarah

    " data-video-id="7340329809836363026">
    @syaz_aa #rinduyangmenyakitkan #shuibsepahtu #shuibsarah #shuibwatie #tiktokmalaysia #sitisarahraisuddin #watiehanifiah ? Tinggalkan Diriku – Sarah

    Menerusi potongan video yang dikongsikan @syaz_aa di TikTok, Watie memaklumkan bahawa dia terkejut melihat Shuib yang sedang menangis selepas terjaga dari tidur.

    Saya tengah tidur dengan dia lepas itu saya terkejut, nampak dia terjaga.

    Lepas itu dia cakap yang dia mimpikan arwah Sarah, saya pun macam ‘ohh’ ja lah. Tapi itulah, Shuib dapat isteri yang kuat tidur jadi saya pun macam, ‘oh’ dan saya terus sambung tidur.

    Selepas itu, Shuib dilihat tidak sambung lena sebaliknya masih menangis disebabkan mimpi tersebut.

    Menurut Watie, suaminya itu menangis dan berasa sedih kerana arwah Sarah tidak menyahut panggilan dan berpaling kepadanya di dalam mimpi tersebut.

    Saya buka mata balik tengok Shuib tak sambung tidur tapi dia sambung menangis.

    Dia kata sedih sangat sebab tak dapat jumpa Sarah, masa mimpi itu tangan dia macam ditoreh dan luka.

    Bila dah luka, Shuib panggil ‘ibu’ (nama panggilan arwah Sarah), tetapi arwah tak datang pada dia.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar perkongsian itu dan memuji Watie yang sama sekali tidak menunjukkan rasa cemburu dalam rumah tangganya.

    MENARIK:  ‘Helmi Gimmick Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap Empat, Bakal Jalani Pembedahan Khamis Ini’ – Jurey Latiff

    Netizen juga menitipkan doa agar perkahwinan mereka berkekalan dan agar roh arwah Sarah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    Sekadar info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga bersama pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

    Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

    Allahyarham Siti Sarah kemudiannya meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah