Kalau korang peminat badminton, minggu ni meriah habis dekat Bukit Jalil sebab kejohanan bertaraf dunia, PERODUA Malaysia Masters 2026 tengah berlangsung!
Tapi kali ni bukan setakat aksi atas court je yang jadi perhatian… Grab pun turun padang all out support atlet tempatan dan peminat badminton sepanjang tournament ni berlangsung.
Daripada mudahkan perjalanan pergi venue, support pemain negara sampailah buat giveaway eksklusif untuk fans, memang nampak effort mereka lain macam.
Grab jadi ‘Team Support System’ untuk atlet Malaysia
Sepanjang kejohanan berlangsung dari 19 Mei 2026 hingga 24 Mei 2026 dekat Unifi Arena, Grab tampil sebagai rakan e-hailing untuk bantu urusan perjalanan atlet.
Bukan biasa-biasa tau sebab pemain-pemain tournament akan menggunakan GrabExec dan GrabEV untuk ulang-alik ke venue pertandingan dengan lebih selesa dan lancar sepanjang minggu kejohanan.

Secara tak langsung, kita boleh nampak Grab betul-betul support perkembangan atlet tempatan dan acara sukan negara.
Pergi stadium pun lagi senang, ada total RM6 OFF untuk fans
Kalau korang plan nak tengok match live dekat Unifi Arena, ini part yang ramai suka.
Grab tengah bagi sebanyak 5,000 promo code khas untuk pengguna yang memilih Grab Group Ride untuk ke venue tournament.
Dengan promo code MALAYSIAMASTERS, korang boleh enjoy RM3 OFF untuk satu perjalanan (one-way trip) sama ada pergi atau balik dari stadium sepanjang 19 Mei 2026 hingga 24 Mei 2026.
Maksudnya, korang boleh dapat jumlah penjimatan sehingga RM6 OFF kalau guna promo code tersebut untuk kedua-dua perjalanan pergi dan balik.
Pengguna hanya perlu apply promo code tersebut ketika booking Grab Group Ride di aplikasi Grab.
Memang ngam kalau nak pergi dengan member atau family sebab boleh share tambang sekali. Lebih jimat, lebih senang nak enjoy live match dekat stadium!
Dalam masa sama, usaha ni juga bantu kurangkan kesesakan sekitar Bukit Jalil sambil meriahkan semangat rakyat Malaysia turun support atlet negara.
Satu Bukit Jalil dipenuhi Grab masa tournament

Penduduk sekitar stadium minggu ni, mesti perasan yang Grab dah takeover habis-habisan kawasan Bukit Jalil.
Daripada paparan digital gergasi (DOOH) dekat screen stadium sampailah signage Pick-Up & Drop-Off (PUDO), semuanya dibuat untuk mudahkan perjalanan pengunjung sepanjang event berlangsung.
Jadi, takde lah susah nak cari tempat turun naik kereta atau tunggu e-hailing lepas habis game nanti.
Fans kini boleh kenal lebih dekat Rising Stars Badminton Malaysia
Selain support dari segi pengangkutan, Grab juga tampil dengan content eksklusif bersama rising stars badminton negara.
Antara atlet yang terlibat termasuk:
- Arif Junaidi & Yap Roy King – beregu lelaki ranking dunia #17
- Ong Xin Yee & Carmen Ting – beregu wanita ranking dunia #20
Dekat interview ni, fans boleh tengok sisi lebih santai dan personal pemain-pemain negara yang tengah meningkat naik sekarang.
Lagi best sebab Grab siap buat giveaway khas untuk peminat badminton!
Giveaway Yonex berjumlah RM4,000 untuk fans badminton
View this post on Instagram
Ini yang paling FOMO sebenarnya.
Grab tengah buat contest eksklusif sampai 7 Jun 2026 di Instagram & TikTok mereka, di mana korang berpeluang menang:
- Racquet Yonex bertandatangan pemain
- Badminton bag eksklusif
- Keseluruhan hadiah bernilai RM4,000
Dan paling rare… raket yang diberikan tu merupakan model sama yang digunakan oleh pemain-pemain Malaysia dalam video interview tersebut. Memang collector item untuk peminat badminton hardcore.
Jangan lepaskan peluang ni sebelum contest tamat!
Kalau korang memang follow badminton Malaysia atau tengah plan nak pergi tengok match live minggu ni, memang rugi kalau tak grab peluang ni sekali.
Pergi tengok content eksklusif interview atlet dekat platform sosial Grab Malaysia dan join giveaway sebelum 7 Jun 2026 untuk peluang menang gear Yonex bertandatangan pemain negara.
Dan kalau nak ke Unifi Arena, jangan lupa apply promo code MALAYSIAMASTERS untuk enjoy sehingga RM6 OFF perjalanan korang!
Grab sedia menyemarakkan semangat rakyat Malaysia dengan setiap pukulan smash menerusi #GrabBersamaMalaysia.
The post Bukan Sekadar Untuk Peminat, Grab Juga Turut Support Atlet-Atlet Di Malaysia Masters 2026! first appeared on OHBULAN!.





