34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Helmi Gimmick Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap Empat, Bakal Jalani Pembedahan Khamis Ini’ – Jurey Latiff

    Shopee Sale

    Baru-baru ini, pengarah terkenal, Jurey Latiff Rosli berkongsi momen menziarahi pelakon Helmi Gimmick, yang kini sedang bertarung dengan ujian kanser buah pinggang tahap empat.

    Hidap penyakit buah pinggang

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Jurey memaklumkan bahawa Helmi Gimmick, atau nama sebenarnya Helmi Harun, 65, dijadualkan menjalani pembedahan untuk membuang buah pinggang kirinya pada Khamis ini.

    Hari ini saya berkesempatan menziarahi sahabat seni, Helmi Gimmick, yang sedang diuji dengan kanser buah pinggang tahap 4 di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Seri Kembangan.

    Insya-Allah, beliau dijadualkan menjalani pembedahan membuang satu buah pinggang pada hari Khamis depan.
    Marilah kita sama-sama menitipkan doa agar segala urusan sahabat saya Helmi Gimmick dipermudahkan, pembedahan berjalan lancar, diberi kekuatan, ketabahan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

    Ya Allah, Engkau Maha Penyembuh. Angkatlah kesakitan sahabat kami ini dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepadanya.

    Nasihat buat penggiat seni

    Namun apa yang lebih menyentuh hati apabila Jurey berkongsi dilema yang menghantui ramai penggiat seni di Malaysia.

    Jika masuk hospital, tiadalah lagi panggilan kerja. Jika tiada kerja, tiadalah pendapatan.

    Ramai anak seni memilih untuk terus bekerja walau sakit, melambatkan rawatan, menangguhkan kesihatan, demi kelangsungan hidup. Bukan kerana mereka tidak sayang diri, tetapi kerana mereka tiada pilihan.

    Apabila sakit menjadi rahsia, apabila kesihatan menjadi pertaruhan, di situlah kita sedar betapa rapuhnya kehidupan anak seni yang tiada tabung simpanan hari tua, tiada perlindungan kebajikan, tiada jaminan apabila usia dan tenaga semakin menua.

    Dia juga berharap agar kisah ini menjadi iktibar buat semua penggiat seni agar tidak lagi meletakkan kesihatan di tangga kedua.

    Izinkan saya menasihati carilah rezeki, tetapi jangan mengorbankan kesihatan. Kerjarlah kerja, tetapi jangan mengabaikan kehidupan.

    Work–life balance bukan kemewahan, ia adalah keperluan untuk hidup dengan bermaruah dan berkualiti.

    Ya Allah, ajarkan kami untuk mengejar rezeki tanpa mengorbankan diri, kerana kami sedar, duit tidak akan pernah cukup dan kesihatan adalah nikmat yang tidak mampu dibeli dengan wang.

    Jurey memohon orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan Helmi Gimmick. 

    MENARIK:  Aina Abdul Bagi Semua Peminat Duduk Di Konsert Imaji Tour!

    Sumber: Facebook Jurey Latiff Rosli

    The post ‘Helmi Gimmick Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap Empat, Bakal Jalani Pembedahan Khamis Ini’ – Jurey Latiff first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah