Pelakon Datuk Aaron Aziz turut memahami perasaan rakan artis Datuk Yusry Abdul Halim yang tidak dapat menunaikan ibadah haji bersama isteri, Datin Lisa Surihani.
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Pilih Naskah Yang Sesuai – ‘Dah Tak Nak Bawa Watak Dukung & Bersentuhan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Alami Kecederaan Mata, Dipercayai Terkena Bola Pickleball
Faham perasaan Yusry

Ketika ditemui , Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 50, mendedahkan dia juga pernah berdepan dengan situasi yang sama apabila permohonan visanya lulus pada saat-saat akhir.
Saya memahami apa yang Yusry rasakan. Sebab ketika kami mohon haji, visa isteri saya yang lulus dahulu.
Di saat-saat akhir visa saya hampir tak lulus. Saya dah reda.
Saya kata kepada isteri, ‘tak mengapa awak sahaja yang pergi tanpa saya, tak ada rezeki Allah tak izinkan.’
Walau bagaimanapun, setelah lama menunggu, akhirnya permohonan visa tersebut diluluskan dan Aaron percaya perkara itu adalah kerana rezeki daripada Allah SWT.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Karva Travel & Tours yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambah pelakon filem Banduan itu, dia turut meluahkan rasa simpati terhadap Yusry namun yakin ada hikmah daripada Allah SWT.
Saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Yusry. Suami mana yang tak nak menunaikan ibadah haji bersama isterinya, tetapi kita percaya pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Mungkin anak-anak perlu sosok ibu atau bapa bersama mereka.
Sebagai suami kita mesti mahu bersama isteri.
Kalau saya pun, memang itu yang akan saya doakan. Jika itu kali terakhir kami bersama, saya mahu biarlah kami lakukan perkara yang baik seperti menunaikan haji.
Saya pasti apa yang dilalui Yusry semestinya sedih.
Tapi kita bersama-sama doakan semoga jemaah semua selamat pergi dan balik.
Terdahulu, Lisa berkongsi dirinya reda apabila rayuan permohonan visa haji, Yusry tidak diluluskan pada tahun ini.
Walaupun pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan ibadah itu bersama, Lisa memilih untuk melihat situasi itu daripada sudut positif dengan ketentuan Ilahi.
The post Aaron Aziz Faham Perasaan Yusry, Yakin Ada Hikmah Belum Rezeki Tunai Haji – ‘Suami Mana Yang Tak Mahu Beribadah Bersama Isteri’ first appeared on OHBULAN!.





