26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rayme Zainal Fokus Bidang Penganjuran Acara, Gema Raya Putrajaya 2026 Jadi Penanda Aras Baharu

    Shopee Sale

    Penyanyi Rayme Zainal kini memilih untuk mengembangkan sayap dalam dunia perniagaan dengan memberi fokus kepada kerjaya sebagai penganjur acara selepas melihat potensi besar industri tersebut di Malaysia.

    Artikel Berkaitan: Rayme Zainal & Pinn Yang Bantu Usahawan Tempatan, Promosi Budaya Malaysia

    Artikel Berkaitan: Rayme Zainal Gembira Nama & Karya Seni Semakin Dikenali Ramai

    Pendapatan stabil

    Menurut Rayme, kerjaya sebagai pengurus acara atau Event Organizer (EO) bukan sahaja menawarkan pulangan pendapatan yang lebih stabil, malah mempunyai prospek jangka panjang yang menjanjikan berbanding bidang seni.

    Pelantun lagu Andai dan Close To You berkata, syarikat miliknya, Raydiates Blue Sdn. Bhd. (Raydiates) yang ditubuhkan pada 2023 kini mula mencipta nama apabila berjaya meraih kepercayaan pelanggan daripada sektor kerajaan dan swasta.

    Kejayaan itu dibuktikan menerusi penganjuran Bazar Aidilfitri Anjung Syawal yang menjadi sebahagian daripada Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025 tahun lalu.

    Bazar yang disifatkan sebagai antara terbesar di Lembah Klang itu mencetuskan fenomena apabila mencatat kehadiran lebih satu juta pengunjung sepanjang 32 hari penganjurannya, selain menawarkan pelbagai produk dengan harga berpatutan.

    Impak positif turut dirasai peniaga apabila beberapa lot gerai dilaporkan mencatat jualan sehingga RM100,000, sekali gus mengukuhkan kedudukan Anjung Syawal sebagai lokasi tumpuan persiapan Aidilfitri di Malaysia.

    Selain Anjung Syawal, Raydiates turut aktif menganjurkan acara berskala besar lain termasuk Anjung MalaysiaKu Foodie Fiesta 2025 yang menghimpunkan hampir 300 lot niaga sempena Hari Malaysia dan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025 selama lima hari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Rayme juga mencipta satu lagi kejayaan apabila menganjurkan acara Fun Run dengan penyertaan hampir 1,000 peserta hasil kerjasama bersama Anytime Fitness Hampshire dan SimplySiti sebagai rakan strategik, selain kemunculan istimewa Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    Raydiates turut terlibat dalam penganjuran Karnival Anjung E.A.T.S sempena Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025 yang berlangsung selama lima hari dan berjaya menarik seramai 10,000 pengunjung.

    Dalam usaha memperkasa usahawan mikro, syarikat milik Bumiputera itu turut bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi penganjuran Karnival BSN Mikro Madani Zon Pantai Timur di Pasar Payang, Terengganu.

    Nak promosi Malaysia

    Bagi pembuka tirai 2026, Rayme bersedia melakar sejarah baharu menerusi penganjuran Gema Raya Putrajaya 2026@PICC yang dijadual berlangsung selama 33 hari bermula 15 Februari depan.

    MENARIK:  Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun, Tak Mahu Hanya ‘Dicop’ Wajah Drama Cinta & Air Mata

    Ujarnya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dipilih sebagai lokasi kerana statusnya sebagai bangunan ikonik yang dilengkapi kemudahan berteknologi tinggi dan fasiliti bertaraf antarabangsa bagi acara berskala besar.

    Menurut Rayme, Raydiates kini menyasarkan penganjuran acara bertaraf nasional secara lebih agresif bermula tahun ini dalam usaha menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan negara.

    Langkah itu juga bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa menerusi penganjuran festival seni dan budaya dengan sokongan agensi kerajaan serta kolaborasi sektor korporat.

    Katanya lagi, Gema Raya Putrajaya 2026 bakal menjadi projek sulung penganjuran festival Ramadan dan Raya selama 33 hari yang dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

    Festival berkenaan menggabungkan elemen keusahawanan, seni budaya, program kerohanian dan inisiatif kebajikan komuniti, melibatkan hampir 300 vendor dengan sasaran kehadiran sehingga 800,000 pengunjung.

    Penganjuran itu sekali gus mengangkat Putrajaya sebagai destinasi utama Ramadan dan Raya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

    Mengulas cabaran industri yang kompetitif, Rayme berkata Raydiates berhasrat memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju penganjuran festival dan platform ekonomi kreatif rakyat menerusi pelaksanaan rangkaian acara berskala nasional dan antarabangsa bermula 2026.

    Rayme yang pernah berkongsi pentas dalam Konsert Destiny Of Music bersama Aina Abdul, Ernie Zakri, Kugiran Masdo dan Haziq Rosebi berkata, tumpuan syarikatnya kini adalah kepada penganjuran karnival makanan rakyat, seni budaya, gaya hidup sihat serta inisiatif keusahawanan dan kebajikan komuniti.

    Sejajar dengan agenda Tahun Melawat Malaysia 2026, Raydiates berharap akan memperluas kerjasama strategik bersama kementerian, agensi kerajaan, sektor korporat dan komuniti kreatif.

    Ia bagi menjadikan acara-acara anjuran syarikat sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan, pemerkasaan usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta platform pembangunan bakat belia dan kandungan kreatif berimpak tinggi di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

    The post Rayme Zainal Fokus Bidang Penganjuran Acara, Gema Raya Putrajaya 2026 Jadi Penanda Aras Baharu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah