26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun, Tak Mahu Hanya ‘Dicop’ Wajah Drama Cinta & Air Mata

    Shopee Sale



    Shukri Yahaya

    Selepas lima tahun tidak muncul dalam mana-mana filem, pelakon, Shukri Yahaya kembali beraksi ke layar perak dengan membintangi sebuah naskhah arahan Syafiq Yusof iaitu Blood Brothers: Bara Naga.

    Kembali bintangi filem

    Shukri Yahaya

    Selain teruja bekerjasama dengan sutradara naskhah itu, Shukri, 36, berkata, rakan pelakon iaitu Sharnaaz Ahmad yang turut sama membintangi Blood Brothers: Bara Naga antara pendorong dia menerima tawaran filem tersebut.

    Selepas lima tahun, saya kembali buat filem semula. Saya rasa ini adalah peluang untuk kembali, tambahan lagi ini merupakan arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah yang hebat.

    Sebelum ini bukan saya tak mahu berlakon filem, tetapi tawaran selalu ‘clash’ dengan tawaran drama.

    Sharnaaz berjaya pujuk saya, dia yang ada dalam filem ini juga antara orang yang pujuk saya untuk terima, jadi saya susun semula jadual dengan betul dan akhirnya dapat buat.

    Shukri berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘meet and greet’ bersama pelakon Blood Brothers yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

    Cukup drama cinta

    Shukri Yahaya

    Tambah Shukri, dia juga tidak mahu dilabel sebagai pelakon drama cinta dan air mata sahaja, sesekali menukar angin dan mahu membuktikan mampu beraksi dalam filem.

    Kadang-kadang ada orang yang kata saya asyik buat drama sahaja, sejujurnya saya bukan memilih tetapi itu rezeki yang ada.

    Jika selepas filem ini ditayangkan dan orang nampak bakat saya dalam filem, saya akan teruskan dengan filem.

    Filem sangat berbeza dengan drama, kalau drama saya lakonkan mesti fasal cinta, keluarga, kecurangan, air mata dan sebagainya. Tetapi filem langsung tidak sama.

    Kongsi Shukri lagi, sepanjang tempoh lima tahun ‘berehat’ dari filem, dia sudah menolak lebih 10 karya yang ditawarkan kepadanya.

    Sepanjang tempoh lima tahun itu, lebih 1o tawaran filem saya pernah tolak. Ada juga tawaran filem itu saya berikan kepada kawan-kawan pelakon yang lain. Tapi saya tidak boleh sebut siapa.

    Saya kongsi rezeki dengan mereka, alhamdulillah mereka dapat buat dengan baik.

    Selain Shukri dan Sharnaaz, Blood Brothers yang bakal ditayangkan bermula 10 April depan itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.

    MENARIK:  [VIDEO] PU Amin Usap Kepala & Titip Doa Buat Shamsul Ghau Ghau, Netizen Tersentuh – ‘Sebab Itu Penting Bersahabat Dengan Orang Alim’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah