Gara-gara pelakon, Que Haidar menggunakan lagu klasik berjudul ‘Jamilah’ pada salah satu videonya di TikTok, lagu tersebut tiba-tiba menjadi fenomena.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jamilah, Jangan Lari..Saya Cari Awak’ – Que Haidar
Kenali penyanyi asal ‘Jamilah’

Video ringkas milik Que mencetuskan gelombang dalam kalangan pencipta kandungan apabila semakin ramai mula menggunakan lagu tersebut untuk video konten mereka.
Lagu ‘Jamilah’ dinyanyikan oleh penyanyi veteran Indonesia, Jamal Mirdad yang terkenal sekitar era 1980-an. Karya tersebut merupakan hasil ciptaan Manthous.
Selain bakatnya dalam nyanyian, Jamal juga aktif berlakon dalam filem dan drama televisyen, menjadikannya antara selebriti serba boleh pada zamannya. Malah, dia juga merupakan seorang ahli politik.
Jamal juga pernah menerima penghargaan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia pada tahun 1992 menerusi naskhah ‘Ramadan dan Ramona’
Lagu ‘Jamilah’ pernah menjadi kegemaran ramai pada satu ketika dahulu dan kini kembali trending melalui pelbagai platform media sosial.
Lirik dan melodinya yang ‘catchy’ membuatkan ramai netizen jatuh cinta dengan lagu tersebut.
The post Que Haidar Cetus Gelombang Lagu Jamilah! Ini Trivia Penyanyi Asal Jamal Mirdad, Pelakon & Ahli Politik Terkenal Indonesia first appeared on OHBULAN!.





