Perkongsian pengarah dan pelakon terkenal Datuk Yusry Abdul Halim berkenaan perancangan menunaikan ibadah haji telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Muzzaffar ‘Trending’ Tapi Yusry Abdul Halim Luah Rasa Sunyi Tanpa Lisa – ‘Tiada Siapa Di Sisi Untuk Berkongsi Pun Agak Perit’
Artikel Berkaitan: Yusry ‘Upload’ Foto Lisa Surihani Di Threads & Luah Rasa Rindu – ‘Baru 8 Hari..Lama Lagi’
Luahan Yusry

Menerusi klip video yang dimuat naik semula di Threads, kelihatan Yusry, 53, dalam keadaan sebak ketika menjelaskan tentang persiapan yang telah dilakukan untuk berangkat ke Tanah Suci bersama isteri, Datin Lisa Surihani.
Meksipun berasa sedih, namun Yusry reda menerima takdir Allah SWT apabila dia tidak dapat menjalani rukun Islam yang kelima itu pada tahun ini.
Komitmen dan sebahagian darinya adalah tempoh penggambaran.
Saya sepatutnya pergi haji tahun ini dengan isteri. Saya dah susun jadual semuanya akan selesai sebelum itu.
Tapi ditakdirkan saya tak dapat pergi..bukan rezeki saya.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut pilu mendengar luahan Yusry dan mendoakan agar suatu hari nanti dia berkesempatan untuk menunaikan haji bersama isteri.
Terdahulu, pasangan selebriti ini reda apabila rayuan permohonan visa haji Yusry tidak diluluskan dan mereka tidak dapat melaksanakan ibadah haji bersama.
Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram, Lisa memaklumkan bakal berangkat ke Tanah Suci dan memohon kemaafan daripada semua individu yang mengenalinya.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Peminat Turut Sebak Lihat Yusry Sedih Tiada Rezeki Tunai Haji Tahun Ini – ‘Dia Plan Shooting Drama Supaya Tak Clash..’ first appeared on OHBULAN!.





