33.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Lafaz Rujuk Sah, Saya Tetap Akan Lepaskan Dia’ – Datuk Red

    Shopee Sale

    Usahawan, Datuk Red akur apabila kes pengesahan lafaz rujuk membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Adira Suhaimi masih belum menemui noktah dan perlu melalui satu lagi proses sebelum keputusan dibuat.

    Artikel Berkaitan: Soal Nikah Bukan Keutamaan, Adira Mahu Fokus Urusan Mahkamah – ‘Macam Mana Nak Kahwin? Kes Ini Belum Selesai’

    Artikel Berkaitan: Kes Adira, Datuk Red Disambung 3 September Depan

    ‘Saya Tetap Akan Lepaskan Dia’

    Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu Hasaan, 43, berkata, dia hanya mahu mendapatkan pengesahan sama ada lafaz rujuk yang berlaku sebelum ini sah atau sebaliknya bagi mengelakkan timbul sebarang isu pada masa akan datang.

    Kes ini masih lambat lagi untuk selesai. Sebenarnya dalam hal ini, saya cuma nak bercakap mengenai urusan permohonan cerai dari pihak saya.

    Islam itu mudah, tetapi saya tak mahu ambil mudah. Saya cuma nak dapatkan pengesahan. Kalau memang benar, tak ada masalah, saya akan uruskan dan selesaikan perkara ini dengan mudah. Kalau tidak benar pun, lagi mudah.

    Saya cuma nak pengesahan rujuk. Sebenarnya perkara ini sudah boleh selesai lebih awal, tetapi disebabkan ada macam-macam saksi dan sebagainya, kes ini jadi meleret dan panjang. Jadi, tak apalah. Kita tunggu keputusan.

    Datuk Red berkata demikian selepas usai pihak Adira memberi keterangan berhubung kes pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis.

    Dalam pada itu, Datuk Red berkata, kehadirannya ke mahkamah pada Khamis adalah bagi memastikan tidak timbul dakwaan dia sengaja melambatkan proses berkenaan.

    Hari ini pun sebenarnya tak ada keperluan untuk saya datang, tetapi saya tak mahu nanti saya pula dipersalahkan kerana dikatakan melambatkan kes ini. Sebab itu saya hadir.

    Bagaimanapun, kes ini ditangguhkan sehingga Oktober untuk proses penghujahan sahaja. Belum ada keputusan lagi. Jadi, saya serahkan kepada peguam.

    Sementara itu, ketika ditanya sekiranya mahkamah mengesahkan lafaz rujuk berkenaan sah, Datuk Red menegaskan dia tetap akan menceraikan semula Adira.

    Ya, tak ada masalah. Memang saya akan (lepaskan dia). Macam saya cakap tadi, saya nak mudahkan. Islam memang mudah, cuma saya nak sahkan dulu sama ada rujuk itu sah atau tidak. Itu sahaja. Kalau pengesahan rujuk sah, saya tetap akan lepaskan dia.

    Mahkamah telah menetapkan 19 Oktober depan bagi kedua-dua pihak memfailkan penghujahan berhubung kes pengesahan lafaz rujuk mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Abby Abadi Tersentuh Marissa Hadiahkan Gelang Emas – ‘Adik Memang Magnet Rezeki’

    Terdahulu, mahkamah menolak permohonan penarikan balik kes yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.

    Sebelum ini, menerusi permohonan yang difailkan pada 18 Disember lalu, Datuk Red mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 ketika Adira masih dalam tempoh idah selepas perceraian mereka.

    Bagaimanapun, Adira sebelum ini meluahkan rasa terkejut dengan tindakan bekas suaminya itu dan mendakwa Datuk Red meminta bayaran RM100,000 sebagai antara syarat untuk menarik balik kes berkenaan.

    Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum mereka bercerai pada 24 April 2024.

    Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 5, dan Ayob, 4.

    The post ‘Kalau Lafaz Rujuk Sah, Saya Tetap Akan Lepaskan Dia’ – Datuk Red first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah