Penyanyi dan pelakon Nabila Razali berkongsi momen istimewa dan menyentuh hati apabila memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya dengan memberi sumbangan kepada 33 keluarga yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Pernah Jadi Mangsa Buli Siber, Tidak Patah Semangat Akan Terus Sebar Kebaikan
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Menyesal Tanya Maksud Sebenar ‘Kacip’ – ‘Saya Memang Tidak Tahu’
Nabila Razali hulur sumbangan

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, dilihat turun padang menyantuni golongan yang kurang bernasib baik di sebuah kawasan perumahan.
Sempena tarikh lahirnya yang jatuh pada 13 November lalu, pelantun lagu Peluang Kedua itu telah mengagihkan sebanyak 33 kotak bantuan kepada 33 buah keluarga.
Menurut Nabila, angka tersebut dipilih sebagai simbolik kepada pertambahan usianya pada tahun ini.
Alhamdulillah, gembira melihat senyuman yang terukir bila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Sempena ulang tahun yang ke-33 ini, saya rasa saya nak buat kelainan sikit. Di mana saya nak kongsi rezeki buat 33 keluarga yang memerlukan.
33 kotak bantuan untuk 33 keluarga, signifikan kepada pertambahan usia saya pada tahun ini.
Sempena ulang tahun kelahiran ke-33
View this post on Instagram
Dalam video berkenaan, Nabila dilihat ramah menyapa penerima bantuan selain berharap sumbangan kecil itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terpilih.
Saya harap sumbangan kecil saya ni tak banyak sedikit dapat meringankan beban buat keluarga yang dah pun terima hadiah saya ini.
Tapi buat keluarga yang tak dapat, Bella minta maaf sangat-sangat. Insya-Allah nanti kalau ada rezeki lagi, saya buat lagi.
Di akhir video, isteri kepada Nik Iruwan Nik Izani itu turut memohon doa daripada para peminat agar dia sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki untuk terus berbakti.
Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan dan saya nak korang selitkanlah nama saya dalam doa korang.
Murah rezeki, Insya-Allah sihat tubuh badan dan happy selalu, tak stres-stres. Supaya saya masih lagi dapat berkongsi rezeki dengan korang semua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Nabila dan mendoakan agar penyanyi itu terus sukses dalam karier dan kehidupannya.
Sumber: Instagram Nabila Razali
The post [VIDEO] Nabila Razali Turun Padang Santuni 33 Keluarga, Beri Bantuan Sempena Ulang Tahun Kelahiran first appeared on OHBULAN!.





