32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Sabar Nak Doa Sambil Sebut Nama Orang Yang Hancurkan Hidup Aku Depan Kaabah’ – Nurin Lofa

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Nurin Lofa menyatakan hasrat untuk memanjatkan doa di hadapan Kaabah sambil menyebut nama beberapa individu yang didakwa cuba menghancurkan hidupnya.

    Artikel Berkaitan: Nurin Lofa Dedah Raih RM120K Sebulan, Netizen Menangis Tengok Gaji Sendiri – ‘Kerja Setahun Pun Belum Tentu Boleh Dapat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurin Lofa Kembali Bergelar Isteri, Terima RM44k Wang Hantaran Daripada Suami

    Doa depan Kaabah

    Menerusi hantaran di Threads, Nurin berkongsi mengenai niat tersebut tanpa mendedahkan secara terperinci identiti individu yang dimaksudkan.

    Tak sabar nak berdoa sambil sebut nama orang cuba hancurkan hidup aku depan kaabah nanti.

    Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya termasuk apabila ada yang mempersoalkan sama ada tindakan berkenaan wajar atau dibenarkan mengikut hukum syarak.

    Aku tak pandai bab agama tapi boleh doa macam ini ke depan kaabah? Sesiapa yang arif boleh jelaskan?

    Menjawab persoalan itu, Nurin kemudian menjelaskan bahawa dia memang berniat untuk membaca doa Al-Jabbar sambil menyebut nama individu yang didakwa terlibat.

    Saya memang berniat nak baca doa Al-Jabbar sambil sebut nama mereka satu-satu.

    Bukan sebab rasa saya berhak tentukan balasan mereka, tapi saya nak serahkan segala kezaliman yang saya rasa kepada Allah.

    Apa bentuk balasan atau keadilan, itu hak Allah sepenuhnya.

    Begitu itu, Nurin tidak menjelaskan secara terperinci bentuk penganiayaan yang didakwa berlaku terhadap dirinya.

    MENARIK:  Farah Nabilah Sakit Kepala Layan Kerenah ‘Maid’, Urus Kerja Rumah Sendiri – ‘Penat Nak Fikir Pasal Dorang Ni’

    Sumber: Threads

    The post ‘Tak Sabar Nak Doa Sambil Sebut Nama Orang Yang Hancurkan Hidup Aku Depan Kaabah’ – Nurin Lofa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah