29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pertunjukan Mega Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire Bakal Tiba Di Asia, Malaysia Jadi Hentian Pertama

    Shopee Sale

    Buat julung kalinya, pertunjukan siaran langsung Hot Wheels Monster Trucks terbesar di dunia akan berlangsung di Asia.

    Debut jelajah Asia Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire di Malaysia akan berlangsung pada 16 dan 18 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil dengan pertunjukan istimewa.

    Artikel Berkaitan: Kolaborasi Kali Pertama Barbie & Hot Wheels Dengan Taman Tema, Hanya Di Lost World Of Tambun!

    Artikel Berkaitan: Pesta Pertanian, Food Trucks & Magical Night, Semua Dalam Satu! Jom Berseronok Di MAHA 2024

    Hot Wheels Monster Trucks Live

    Susulan kejayaan Glow-N-Fire pada 2025 yang berjaya merangkul anugerah Pollstar Family Show of the Year, Hot Wheels Monster Trucks Live amat teruja untuk meneruskan momentum pada tahun ini dengan siri pertunjukan di Asia, di mana Malaysia menjadi lokasi pertama sekaligus merentasi Amerika Utara, Eropah dan Amerika Latin.

    Acara yang mengagumkan ini pastinya akan ‘menghidupkan’ Hot Wheels Monster Trucks kegemaran para peminat, termasuk Mega Wrex™, Tiger Shark™, Gunkster™, Bone Shaker, Bigfoot, Skelesaurus™, dan memperkenalkan trak baru di jelajah ini iaitu, Rhinomite.

    Rhinomite merupakan sebuah trak inspirasi badak dinamit. Pastinya ia akan menjanjikan pengalaman yang baharu kepada para peminat, selain bakal menampilkan aksi-aksi yang belum pernah dipertontonkan sebelum ini oleh Hot Wheels Monster Trucks, termasuk aksi luar biasa No-Handed Front Flip dipersembahkan oleh penunggang FMX!

    Selain itu, para peminat Hot Wheels juga berpeluang untuk menyertai Akses Pra-pertunjukan VIP, yang berlangsung dua jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula.

    Pengalaman unik ini juga memberikan peluang kepada para peminat dengan akses ke aras arena, membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan luar biasa dan saiz epik Hot Wheels Monster Trucks serta mendapatkan tandatangan daripada pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran mereka. 

    Jangan lepas peluang menyaksikan trak-trak gergasi yang ikonik dibawakan secara langsung iaitu kenderaan sebenar yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat ke sini. Lengkap dengan kesan lampu, api, dan interaksi bersama penonton, menjadikannya lebih hebat daripada pertunjukan biasa.

    Dalam masa yang sama, acara ini juga sesuai untuk peringkat usia termasuk kanak-kanak. Pelbagai aksi lasak luar biasa termasuk lompatan gergasi, rempuhan dan aksi ngeri juga bakal dirasai pengunjung.

    MENARIK:  ‘Saya Mahu Habiskan Seluruh Hidup Bersama Seseorang Yang Memahami & Mempercayai Saya’ – Taecyeon Umum Bakal Berkahwin

    Anda juga boleh menikmati peluang esklusif sebelum acara bermula iaitu melihat trak dengan lebih dekat dan beramah mesra dengan pemandu-pemandu handalan. Ini adalah sebuah acara yang pernah memperoleh anugerah dan dibawa ke seluruh dunia.

    Untuk makluman, Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire dipersembahkan oleh Family Entertainment Live dan siri jelajah di Malaysia dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia serta Unik Squad. 

    Maklumat acara 

    Bagi anda yang berminat, tiket ke Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire boleh didapati di Tri-Tix bermula 16 April 2026 pada jam 8 pagi.

    Malaysia mencatat sejarah baharu apabila berjaya menjual 20,000 tiket dalam tempoh sehari untuk Hot Wheels Monster Trucks Live, sekaligus menetapkan penanda aras baharu bagi siri jelajah global ini.

    Sejak mula diperkenalkan di Edinburgh, Texas pada tahun 2019, pertunjukan penuh aksi ini telah menjelajah ke 28 negara di seluruh dunia dan dijangka mencecah lebih 30 negara menjelang tahun 2027, sambil terus membina pangkalan peminat yang semakin meluas di peringkat antarabangsa.

    Jualan tiket di Malaysia kini memecahkan rekod sebagai jualan tertinggi dalam sehari sepanjang lapan tahun sejarah penganjuran Hot Wheels Monster Trucks Live.

    Dengan 80% tempat duduk bagi tiga pertunjukan pertama telah terjual, pihak penganjur mengumumkan pertambahan pertunjukan keempat.

    Harga tiket pula bermula dari RM118 dan harga Istimewa untuk kanak-kanak iaitu RM89 juga tersedia bagi semua pertunjukan. Semua tempat duduk adalah bernombor bagi keselesaan penonton.

    Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tinggal satu minggu sahaja lagi untuk anda menikmati diskaun 10% eksklusif di roadshow kami yang bertempat di Centre Court, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil.

    Jangan terlepas untuk menyaksikan acara penuh mengujakan ini. Berikut adalah jadual pertunjukan:

    • Jumaat, 16 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7.00PM
    • Sabtu, 17 Oktober, 1:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 10.30AM-12.00PM 
    • Sabtu, 17 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7:00 PM 
    • Ahad, 18 Oktober, 1:00PM

    Bagi pembelian tiket dan maklumat mengenali acara, anda boleh layari di Tri-tix.com. Selain itu anda juga boleh melayari HotWheelsMonsterTrucksLive.com untuk informasi lanjut.

    Untuk makluman, merupakan media rasmi bagi acara yang ditunggu-tunggu ini. Teruskan mengikuti perkembangan dan kemas kini selanjutnya di platform kami.

    The post Pertunjukan Mega Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire Bakal Tiba Di Asia, Malaysia Jadi Hentian Pertama first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah