Tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara bukanlah sesuatu yang mudah. Di sebalik uniform dan tanggungjawab besar yang digalas setiap hari, ada pengorbanan yang jarang dilihat, tetapi sentiasa dirasai.
Atas dasar itu, satu inisiatif penuh makna telah digerakkan bagi menghargai jasa wira barisan hadapan menerusi cara yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia iaitu makanan.
Rewang meriah, penuh semangat kebersamaan

Melalui Program Berkat Perwira, Projek Titipan Kasih Harian Metro menjalinkan kerjasama bersama jenama pasta dan sos pasta pilihan rakyat Malaysia, Kimball, dalam sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lain daripada kebiasaan.
Bukan sekadar menyumbang, program ini menghidupkan kembali budaya gotong-royong dan rewang yang semakin jarang dilihat.

Seawal jam 8 pagi, suasana di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya mula bertukar meriah apabila sukarelawan Harian Metro, kakitangan Kimball dan anggota bomba bersama-sama turun padang menyediakan juadah.
Dalam tempoh hanya empat jam setengah, mereka berjaya menyediakan kira-kira 700 hidangan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.
Menu Kreatif, Memang Lain Daripada Yang Lain

Sebanyak 500 pek makanan panas berjaya disediakan dengan variasi menu yang bukan saja menarik, malah cukup menyelerakan:
- Spaghetti Udang Keju-nara Kimball
- Gulai Ikan Minang Tomato Cendawan Kimball
- Acar Ayam dengan Bawang
- Telur Balado
- Karbonara Ayam Popcorn
Jelas ini bukan hidangan biasa, tetapi hasil ‘air tangan’ yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

Menurut Ketua Pemasaran Kanan Serantau The Arnott’s Group, Vanessa Lim, aktiviti ini mencerminkan kepercayaan Kimball bahawa aktiviti rewang itu mencerminkan misi utama Kimball yang percaya bahawa makanan adalah medium yang mampu menyatukan masyarakat dan mengeratkan silaturahim.
Malah, usaha ini juga menjadi platform untuk mereka meluaskan peranan daripada sekadar dalam institusi keluarga kepada menghargai wira negara.
Makanan sebagai medium penyatuan komuniti

Sementara itu, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih, Husain Jahit menegaskan komitmen akhbar berkenaan yang sentiasa mahu menjadi ‘tangan’ yang menyantuni kehidupan masyarakat secara langsung, bersesuaian dengan moto ‘Rasai Berita Sebenar’.
Sebagai rekod, program murni yang telah bertapak sejak tahun 2007 ini bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan rakan korporat seperti Kimball dengan komuniti, sekali gus menyelami kesulitan dan menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.

Majlis penyerahan tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah JBPM, Datuk Sri Ts Nor Hisham Mohammad, serta barisan pengurusan tertinggi daripada kedua-dua belah pihak yang sama-sama turun padang memberikan sokongan moral kepada para petugas negara.
Tabik hormat buat Harian Metro, Kimball, dan seluruh wira barisan hadapan kita! Terima kasih atas kerjasama dan pengorbanan korang semua!
Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Kimball serta seleksi resipi menarik dengan layari platform rasmi Kimball. Siapa tahu resipi daripada Kimball ini bakal bantu korang untuk hasilkan hidangan yang Senang, Sedap & Berbaloi untuk keluarga tersayang.
The post Sentuhan Kasih Dalam Setiap Hidangan, Projek Titipan Kasih & Kimball Bersatu Hargai Perwira Negara first appeared on OHBULAN!.





