32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pempengaruh Popular Didakwa Culas Bayar Gaji Pekerja? – ‘Saya Penat Bersabar, Dalam Pantang Pun Disuruh Bekerja’

    Shopee Sale



    Tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan seorang pempengaruh terkenal tidak membayar gaji pekerjanya.

    Culas bayar gaji?

    Menerusi perkongsian di platform X, individu yang dipercayai staf pempengaruh terbabit tampil mendakwa majikannya tidak membayar gaji bagi Disember tahun lalu dan Januari tahun ini.

    Kesian semua dah macam mengemis gaji sendiri. Siap suruh staf berhenti kerja, bila minta surat dia buat lambat.

    Tak bagi staf laporkan kepada pihak yang sepatutnya, konon suruh bagi muka. Habis yang staf ini lagi la, puasa dah dekat, mana yang ada anak nak uruskan hal sekolah lagi.

    Tak ada empati, dia asyik buat konten, bulan madu sampai RM20k tapi gaji tak bayar alasan dia layak bercuti dan itu duit sendiri.

    Kesian staf, sampai bergadai harta nak teruskan hidup.

    ‘Penat bersabar’

    Gambar sekadar hiasan

    Dalam masa yang sama, terdapat seorang lagi individu yang mengakui bahawa dirinya adalah bekas pekerja pempengaruh berkenaan, turut mendedahkan masih belum menerima pembayaran gaji.

    Saya bekas pekerja yang masih menunggu gaji untuk bulan Januari. Saya penat bersabar sebab masa berpantang pun suruh kerja dengan alasan dibayar gaji.

    Dengan KWSP (Wang Simpanan Pekerja) pun tak bayar.

    Dia kaki maki staf, kalau apa yang dia rancang tak jadi..terutama kepada budak sales yang berhempas pula ikut strategi dia. Dia selalu minta maaf dengan ayat dia pun orang biasa dan ada emosi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar tindakan pempengaruh tersebut dan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa para pekerjanya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Keputusan Poligami Perlu Harmoni, Jangan Lakukan Dengan Cara Tidak Baik’ – Ashraf Muslim

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah