26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada Apa Yang Serius, Kalau Buat Filem Aksi.. Kecederaan Kecil Itu Normal’ – Remy Ishak

    Shopee Sale

    Pelakon, Datuk Remy Ishak tampil menegaskan bahawa keadaan dirinya kini berada dalam keadaan baik tanpa sebarang isu serius, malah kecederaan kecil yang dialaminya hanyalah perkara biasa susulan penglibatannya dalam filem aksi.

    Artikel Berkaitan: Foto Budak Lelaki Tunggu Ibu Bapa Luar Pintu Mahkamah Dapat Perhatian Remy Ishak – ‘Semoga Anak Ini Berjaya Dunia Akhirat’

    Artikel Berkaitan: Remy Ishak Cedera Dalam Kemalangan Di Set Penggambaran, Alami Patah Tulang Rusuk

    Tiada kecederaan serius

    Ketika ditemui , Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 44, menjelaskan bahawa perkongsian yang dibuat sebelum ini sekadar untuk memberi perkembangan kepada peminat selepas agak lama tidak muncul dengan cerita terbaharu mengenai dirinya.

    Sebenarnya tak ada apa-apa yang serius pun.

    Saya sihat saja, Alhamdulillah.

    Kalau buat filem aksi, kecederaan kecil itu normal bagi saya.

    Hari itu saja saya kongsi sedikit sebab dah lama orang tak dengar cerita pasal saya.

    Menurutnya, faktor usia yang kini memasuki lingkungan 40-an membuatkan dirinya lebih banyak berfikir, khususnya tentang tanggungjawab terhadap keluarga.

    Bila dah masuk umur 40-an, kita mula fikir macam-macam.

    Dulu masa umur 20-an atau awal 30-an, kita rasa badan kuat dan boleh buat apa saja.

    Tetapi bila dah ada isteri dan anak, kita mula fikir soal tanggungjawab dan masa depan.

    Kalau tiba-tiba jatuh sakit, siapa nak jaga keluarga?

    Itu yang buat saya lebih berhati-hati sekarang.

    Remy berkata demikian ketika ditemui pada sesi eksklusif Content Day filem Khadam di Holiday Inn Bangsar, pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Syafiq Yusof: Mak Ayah Saya Menasihati Untuk Sentiasa Menjaga & Setia Kepada Isteri

    Menjaga kesihatan tubuh

    Dalam pada itu, aktor drama ‘Sumpah Ibuku’ menjelaskan bahawa dirinya kini lebih berhati-hati dan berdisiplin dalam menjaga kesihatan, termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

    Saya memang jaga kesihatan sekarang.

    Buat pemeriksaan berkala, berjoging, bersenam dan cuba amalkan gaya hidup sihat.

    Saya pergi gim pun bukan sebab nak bina badan macam dulu.

    Sekarang lebih kepada nak kekalkan stamina dan kesihatan saja.

    Dah bukan fasa nak tunjuk badan macam zaman muda dulu.

    Dalam masa sama, dia turut menitikberatkan aspek pemakanan dengan mengawal pengambilan gula serta mengamalkan konsep pemakanan seimbang.

    Sekarang saya lebih jaga pemakanan.

    Pengambilan gula memang saya kawal.

    Saya ikut konsep pemakanan seimbang macam yang kita belajar di sekolah dulu, ada sayur, karbohidrat dan zat yang cukup.

    Selain itu, mengenai kerjaya seni, Remy memaklumkan bahawa dia merancang untuk memperlahankan sedikit jadual kerjanya pada tahun ini, memandangkan beberapa projek lakonannya akan ditayangkan dalam masa terdekat.

    Sebenarnya banyak projek lama yang baru nak keluar tahun ini.

    Sebelum ini ada filem Mikael Pemburu 2 Alam, Khadam, Takluk, Cekau dan juga Hajar Ali.

    Jadi tahun ini saya lebih banyak buat promosi sahaja.

    Selepas ini saya mungkin berehat sekejap sebelum fikir tentang projek baharu.

    The post ‘Tiada Apa Yang Serius, Kalau Buat Filem Aksi.. Kecederaan Kecil Itu Normal’ – Remy Ishak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah