32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sangat tidak wajar ambil kesempatan titah Sultan Selangor – Amanah

    Shopee Sale

    Parti Amanah Negara menggesa beberapa individu dan ahli politik agar tidak mengambil kesempatan atau mengeruhkan keadaan berikutan titah Sultan Selangor yang mengingatkan generasi baharu mengenai Rukun Negara dan perpaduan.

    Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Abbas Azmi berkata, semua pihak sepatutnya berlapang dada dan memahami maksud sebenar di sebalik titah baginda.

    "Adalah sangat tidak wajar apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas titah Tuanku Sultan ini untuk kepentingan individu atau politik atau cubaan untuk mengeruhkan keadaan.

    Abbas Azmi

    "Jadikanlah titah Tuanku Sultan Selangor itu sebagai satu nasihat yang berguna sepertimana nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya," katanya dalam satu kenyataan media.

    Menurut Abbas, tindakan memanipulasi titah berkenaan demi meraih populariti politik tidak mendatangkan sebarang keuntungan, malah dia turut mengingatkan bahawa aktiviti berpolitik ada batasnya.

    MENARIK:  Ketua Srikandi PKR Batu: Video ‘duit raya’ fitnah untuk jatuhkan saya

    Jelasnya, bahawa tumpuan utama pada masa ini sepatutnya diberikan kepada usaha mengukuhkan ekonomi negeri dan negara yang kini sedang berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi global.

    Mengulas mengenai situasi di Selangor, Abbas menarik perhatian kepada pakej rangsangan ekonomi khusus berjumlah RM131 juta yang diumumkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagi mendepani implikasi ekonomi akibat pergolakan di Asia Barat.

    "Ini yang harus diberi keutamaan bukan hanya cubaan menangguk di air yang keruh dan menjadi pengadu domba bagi mengeruhkan suasana," katanya lagi.

    Abbas berharap semua pihak dapat mengambil iktibar secara positif daripada titah berkenaan sebagai tanda keprihatinan baginda terhadap kerajaan negeri dan seluruh rakyat Selangor.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah