32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sebagai Isteri & Penyanyi, Saya Faham Situasi Itu.. Syamel Rajin Update Pada Saya’ – Ernie Zakri

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ernie Zakri tampil meluahkan rasa syukur terhadap sikap keprihatinan para peminat yang sentiasa mengambil berat susulan kemunculan suaminya, Syamel bersama seorang wanita dalam video muzik single ‘Pertama’ baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Syamel Nafi Dakwaan Bersentuhan Dalam MV, Hubungi Ernie Zakri Selepas Video Tular – ‘Saya Akan Lebih Berhati-Hati’

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Pandangan Lagu Raya Sekarang – ‘Yang Tak Feel Kita Cari Lagu Lain, Muzik Terlalu Universal’

    Cuba elak perkara tidak menyenangkan

    Ketika ditemui , Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata setiap maklum balas yang diterima daripada peminat menjadi ruang untuk mereka berdua berbincang serta memperbaiki diri.

    Tambahnya lagi, kini dia lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial agar tidak menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut.

    Saya sebenarnya lebih kepada bersyukur, selepas terima pelbagai maklum balas daripada peminat, kami duduk berbincang.

    Kami sedar selagi orang masih sayangkan Syamel, selagi itu, kami perlu kekalkan sikap seperti dahulu.

    Kami juga cuba elak perkara yang boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

    Saya dan Syamel sangat berterima kasih.

    Kami tak sangka rupa-rupanya ramai yang sayang dan ambil berat mengenai kami.

    Ernie berkata demikian ketika ditemui pada sesi eksklusif Content Day filem Khadam di Holiday Inn Bangsar, pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Prank Syeriv Kata Nak Cuci Saja’ – Syatilla Melvin Lega Anak Sulung Selesai Bersunat

    Faham tanggungjawab sebagai penyanyi

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Gundah’ memahami situasi yang berlaku dan tidak melihatnya sebagai isu besar.

    Malah, dia menyifatkan Syamel sebagai seorang suami yang telus serta sering berkongsi aktiviti hariannya termasuk urusan kerja.

    Bagi saya, sebagai seorang isteri saya okay.

    Sebagai seorang penyanyi pun saya faham situasi itu.

    Syamel sangat rajin update aktiviti hariannya dengan saya.

    Dia selalu buat ‘live chat’ dan beritahu sedang menjalani penggambaran atau urusan kerja tertentu.

    Bagi saya, semuanya berbalik kepada komunikasi dalam rumah tangga.

    Dalam masa sama, Ernie tidak menafikan ada membaca beberapa komen berkenaan, namun menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu diambil serius kerana setiap individu berhak memberikan pandangan masing-masing.

    Saya ada juga baca komen itu, tetapi kita tak boleh halang orang daripada cakap bukan-bukan.

    Kadang-kadang kita pun tidak tahu sama ada mereka yang mendoakan perkara tidak baik itu waras atau sebaliknya.

    Tidak akan semudah itu seseorang mahu mendoakan keburukan terhadap sebuah keluarga.

    Apa-apa pun, saya dan Syamel akan sentiasa bertanggungjawab terhadap setiap hantaran media sosial dan selepas in kami mahu lebih fokus kepada kerjaya serta muzik.

    The post ‘Sebagai Isteri & Penyanyi, Saya Faham Situasi Itu.. Syamel Rajin Update Pada Saya’ – Ernie Zakri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah