Seorang wanita mendedahkan tentang kebaikan pelakon terkenal, Kamal Adli yang sudi menghulurkan sumbangan untuk anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Baca & Jangan Judge Sebab Itu Masalah Mereka, Doa Yang Baik-Baik’ – Kamal Adli
Artikel Berkaitan: Tareq Fit Dakwa Anak Kurang Didikan Agama Sebab Isteri Bekerja, Nadzmi Adhwa Bidas – ‘Kena Bahagi Masa, Takdir Kita Tak Sama’
Kira duit syiling
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, wanita itu berkongsi video anaknya yang dilihat sedang mengira wang syiling untuk membeli barangan keperluan sekolah.
Menurut wanita itu, anaknya berbuat demikian kerana memahami keadaan ekonomi keluarga mereka yang sedang menghadapi masalah.
Abang memang tak pernah nak susahkan mak.
Semalam dia minta nasi ayam, tapi mak terpaksa cakap tak ada duit.
Pagi ini tanpa minta atau tanya apa-apa lagi, mak tengok dia tengah sibuk kira duit syiling sendiri.
Bila tanya, rupa-rupanya dia nak guna untuk beli barang projek sekolah hari ini. Abang..mak betul-betul sedih, maafkan mak ya nak.
Dapat perhatian Kamal
View on Threads
Kisah pilu itu kemudian turut mendapat perhatian ramai termasuk Kamal yang dilihat menyumbang RM100 untuk kanak-kanak tersebut.
Salam, bagi dekat anak itu ya.
Wanita tersebut meluahkan rasa terharu dengan kebaikan Kamal yang berkongsi rezeki dengan anaknya.
Sumber: Threads
The post Wanita Terharu Kamal Adli Kongsi Rezeki RM100 Selepas Lihat Anak Kira Duit Syiling – ‘Semalam Dia Minta Nasi Ayam ..’ first appeared on OHBULAN!.





