Seorang pelajar sekolah tahun lima segera dikejarkan ke hospital apabila terjatuh daripada koridor tingkat satu bangunan di Batu Berendam, Melaka.
Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Jatuh Bangunan Sekolah, Keluarga Syak Ada Sesuatu Tak Kena, Pelik CCTV Rosak Serentak
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut, Jatuh Bangunan Selepas Pulang Mengaji
Pelajar mendakwa dibuli

Memetik laporan Malaysia Gazette, mangsa didakwa dibuli sehingga menyebabkan dirinya terjatuh daripada koridor tingkat satu.
Selain itu, pelaku didakwa telah melemparkan kasut milik mangsa yang menyebabkan kecederaan ketika pelajar berusia 11 tahun itu cuba mendapatkan semula kasutnya.
Menurut kakak mangsa, kejadian itu berlaku semasa sesi persekolahan hampir tamat dalam keadaan hujan yang menyebabkan permukaan lantai serta bumbung menjadi licin.
Mengikut cerita adik, sebelum kejadian ada seorang murid lain membaling kasut mangsa dari tingkat satu sebelum terjatuh ke atas bumbung laluan pejalan kaki di bawahnya.
Mangsa kemudian cuba mengambil semula kasut tersebut namun dipercayai tergelincir akibat keadaan basah sebelum terjatuh.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan siasatan akan dilanjutkan demi mendapatkan keadilan buat mangsa.
Sumber: Malaysia Gazette
The post Pelajar 11 Tahun Jatuh Bangunan Didakwa Dibuli – ‘Dia Baling Kasut Mangsa’ first appeared on OHBULAN!.





