28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai Zahid Hamidi kembali ke rahmatullah

    Shopee Sale

    Bekas wartawan Datuk Jailani Harun meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Serdang di Kuala Lumpur pagi tadi.

    Perkara itu disahkan anak sulungnya Nabilla Jailani, 33, secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Pejabat Timbalan Perdana Menteri memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 11.34 pagi tadi.

    Jenazah Jailani yang juga Pegawai Media di Pejabat Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibawa ke Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras selepas asar.

    MENARIK:  'Tiada peruntukan undang-undang larang bukan bumiputera masuk UiTM'

    Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

    “Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran berdepan kehilangan ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah