32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Projek LCS: PAC akan terus pantau rapi

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Pertahanan (Mindef) menyerahkan laporan suku tahunan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi membolehkan pemantauan lebih rapi dibuat.

    Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata laporan itu, yang juga boleh dikemukakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), akan membantu mengenal pasti dan menangani isu pada peringkat lebih awal.

    Dia memberitahu sidang media di Parlimen bahawa laporan itu perlu bermula dari Mei tahun ini dan mesti merangkumi status integrasi sistem tempur, memandangkan fasa ujian pada April sangat kritikal kepada projek berkenaan.

    Cadangan itu antara enam syor yang dikemukakan PAC kepada kerajaan untuk dilaksanakan.

    "PAC telah memutuskan untuk meneruskan pemantauan rapi terhadap projek pembinaan LCS bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef)," katanya.

    Syor lain termasuk memastikan "disiplin kewangan ketat" dikekalkan oleh Mindef dan Kementerian Kewangan, selain memastikan projek LCS kekal di bawah siling RM11.22 bilion.

    Mas Ermieyati turut mengingatkan Mindef supaya memastikan penghantaran lima kapal di bawah projek itu mematuhi jadual dan kos yang ditetapkan.

    Selain itu, dia berkata kontraktor, Lumut Naval Shipyard (Lunas), mesti memastikan stok kontingensi peralatan kritikal mencukupi bagi mengelakkan kelewatan disebabkan isu bekalan.

    Dua syor terakhir menyentuh pembatalan penghantaran peluru berpandu serangan laut (NSM) oleh Norway ke Malaysia, dengan Mas menggesa Putrajaya memperkukuh langkah mitigasi dan diplomasi bagi mencari penyelesaian adil sambil memelihara kedaulatan fiskal negara.

    MENARIK:  Malaysia gesa PBB kenakan sekatan ke atas Israel

    "Kerajaan juga hendaklah memanfaatkan sepenuhnya ruang rundingan damai atau prosiding perundangan bagi menuntut ganti rugi yang setimpal mengikut terma-terma kontrak yang telah dipersetujui," tambahnya.

    Mas Ermieyati turut memberi amaran keputusan Norway membatalkan lesen eksport peluru berpandu ke Malaysia boleh menjejaskan keupayaan tempur kapal LCS, kerana kapal itu berisiko dihantar dengan sistem persenjataan yang tidak lengkap.

    Dalam jawapan Parlimen berasingan, Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata Lunas telah memberi jaminan tindakan Norway tidak akan menjejaskan penghantaran kapal LCS.

    Menurutnya setakat 31 Mei, projek LCS telah merekodkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM8.457 bilion, iaitu 76.2 peratus daripada keseluruhan nilai projek.

    Status kemajuan fizikal semasa pula 78.1 peratus berbanding sasaran peranancangan 85.21 peratus, dengan perbezaan 7.11 peratus, katanya menjawab soalan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari.

    Khaled menegaskan walaupun tanpa NSM, kapal berkenaan masih memiliki keupayaan lain termasuk peperanangan antikapal selam, peperanangan antipesawat dan peperanangan elektronik, selain sistem pengurusan tempur yang mengintegrasikan keupayaan tersebut dengan sistem radar dan sensor.

    Pada masa sama, kata Khaled kementerian melalui TLDM sedang mengambil segala langkah perlu untuk memastikan keupayaan peluru berpandu permukaan ke permukaan kapal LCS dapat dipulihkan melalui penyelesaian terbaik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah