Pelakon, Isa Khan mendakwa melihat satu trend yang semakin ketara dalam kalangan selebriti wanita berhijab apabila ada yang kembali membuka tudung selepas bercerai.
Artikel Berkaitan: ‘Sudah-Sudahlah Dengan Cheap Marketing, Tak Malu Ke Dengan Anak-Anak’ – Isa Khan Tegur Vida, Fazley
Artikel Berkaitan: Isa Khan Tegur Netizen Suka ‘Like’ & Komen Gambar Tak Tutup Aurat – ‘Dosa Dia Mengalir Sekali Dekat Awak’
Tanggal tudung lepas cerai

Menerusi hantaran di Threads, Isa, 32, meluahkan pandangannya mengenai perubahan penampilan segelintir artis wanita selepas rumah tangga mereka berakhir.
Menurutnya, situasi itu menimbulkan persoalan sama ada keputusan berhijab sebelum ini dibuat atas kerelaan sendiri atau sekadar memenuhi kehendak bekas suami.
Banyak artis wanita di Malaysia, lepas bercerai je tudung terbang dan aurat entah ke mana. Maksudnya selama ini pakai tudung sebab suami suruh je ke?
Dalam hantaran sama, Isa turut mengingatkan bahawa setiap ibadah, termasuk menutup aurat, seharusnya dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, bukannya untuk memenuhi kehendak manusia.
Katanya, amalan yang dilakukan semata-mata kerana manusia sukar untuk dipertahankan dalam jangka masa panjang.
Sebab itu bila kita nak buat satu ibadah, biarlah kerana Allah SWT. Kalau buat kerana manusia, memang takkan kekal.
Perkongsian Isa itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ada yang bersetuju bahawa keikhlasan merupakan asas utama dalam setiap ibadah, manakala sebahagian lain berpendapat orang ramai tidak seharusnya terlalu cepat menghakimi perjalanan hidup serta proses penghijrahan seseorang.
Sumber: Threads
The post ‘Artis Wanita Lepas Cerai Terbang Tudung, Selama Ini Pakai Sebab Suami?’- Isa Khan first appeared on OHBULAN!.





