31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ada Juga Yang Sampai Ugut Nak Simbah Asid’ – Syamim Freida Dikecam Kerana Bawa Watak Jahat

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Che Puan Syamim Farid, meluahkan rasa terkilan apabila menerima komen berunsur negatif setiap kali melakonkan watak antagonis.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamim Farid Cuba Menu Diet Viral ‘Tiffany’s Plate’, Netizen Komen Patutlah Cantik! – ‘Dah Tahu Rahsia Kecantikan Dia’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamim Farid Dedah Simpan Cita-Cita Nak Jadi Puteri Raja Sejak Kecil – ‘Orang Lain Semua Terkejut’

    Disalah tafsir

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Syamim Farid atau nama sebenarnya To’ Puan Syamim Freida, 35, mendedahkan bahawa setiap watak jahat yang dilakonkannya sering disalah tafsir oleh segelintir pihak.

    Katanya, keadaan itu sehingga mengundang kecaman peribadi, termasuk komen menghina rupa parasnya serta mendapat serangan daripada akaun palsu yang sengaja diwujudkan untuk mencela.

    Setiap kali saya bawa watak antagonis, mesti datang sekali pakej ‘hate comments, face-shaming’, siap ada yang buat ‘fake account’ nak maki.

    Lebih mengejutkan apabila keadaan itu turut melibatkan ugutan melampau sehingga ada pihak sanggup mengancam dirinya.

    Ada juga yang sampai ugut nak simbah asid.

    Lakonan semata-mata

    Namun begitu, aktres drama Wanita Syurga itu menegaskan bahawa segala lakonan yang dipaparkan hanyalah lakonan semata-mata dan tidak mencerminkan keperibadiannya dalam kehidupan sebenar.

    Guys, bertenang.

    Itu semua lakonan.

    Dalam realiti kehidupan sebenar, saya tidak seperti itu.

    Dalam pada itu, dia juga memandang sisi positif apabila dibandingkan dengan salah seorang pempengaruh, Nur Sajat, malah dia menganggap perbandingan itu sebagai satu pujian.

    Bandingkan saya dengan Sajat? Dia memang cantik.

    Sehubungan itu, dia berharap agar selepas ini diberi peluang untuk membawakan watak yang baik.

    Next round, ambil watak green flag je lah ya.

    Sumber: Instagram Syamim Farid

    MENARIK:  Kisah Siti Jamumall: Bekas Suami Dituduh Culas Beri Nafkah - 'Tidak Bayar Yuran Sekolah Anak, Tetapi Membawa Isteri Pergi Shopping'

    The post ‘Ada Juga Yang Sampai Ugut Nak Simbah Asid’ – Syamim Freida Dikecam Kerana Bawa Watak Jahat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah