32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Raja Azura Doa Abby Abadi Diberi Ketenangan Hati, Kembali Berdamai Dengan Keluarga – ‘Pasti Ada Jalan’

    Shopee Sale

    Pengacara dan pelakon, Raja Azura berharap kemelut yang sedang melanda keluarga penyanyi dan aktres Abby Abadi akan berakhir dengan baik.

    Artikel Berkaitan: Ustazah Asmak Husin Titip Nasihat Untuk Abby Abadi, Marissa – ‘Tiada Yang Menang Atau Kalah Dalam Hubungan Ibu & Anak’

    Artikel Berkaitan: Marissa Dania Perjelas Dakwaan Pilih ‘Live’ Bersama Ibu Tiri Berbanding Abby Abadi

    Doa Raja Azura buat Abby Abadi

    Ketika ditemui , Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, berkata, dia sentiasa mendoakan agar Abby diberikan kekuatan, ketenangan hati serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.

    Saya doakan semoga Allah SWT memberikan Abby Abadi ketenangan dalam dirinya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Insya-Allah, dia akan berdamai dengan keluarganya.

    Mengulas lanjut, Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku mengakui setiap keluarga pasti berdepan ujian tersendiri. 

    Justeru, dia percaya hubungan Abby dengan anak keduanya, Marissa Dania Hakim, yang dikatakan sedang melalui fasa sukar, masih mempunyai ruang untuk berdamai.

    Keluarganya semua dididik dengan baik. Dia sendiri mendidik anak-anaknya dengan baik, begitu juga Norman (bekas suami). 

    Sebelum ini saya juga pernah melihat bagaimana keluarga mereka bersatu. Insya-Allah, pasti ada jalan.

    Raja Azura berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Astro Fandom di D Theatre, Empire Damansara, pada Selasa.

    Pesanan buat semua para ibu

    Dalam pada itu, Raja Azura turut menitipkan pesanan kepada semua ibu agar tidak memendam segala beban seorang diri sehingga menjejaskan emosi dan kesihatan mental.

    Dalam situasi sebagai seorang ibu, apa sahaja yang berlaku, jangan ambil hati dan jangan simpan dalam hati. Sebab yang paling penting ialah kita perlu menjaga diri sendiri, hati dan mentaliti kita.

    Kalau kita sayang pada diri sendiri, jagalah diri kita. Sebab orang lain tidak akan mampu menjaga diri kita melainkan diri kita sendiri. 

    Yakinlah Allah SWT sentiasa bersama kita dan Dia yang akan mempermudahkan urusan hidup kita sekiranya kita menjaga hubungan hati dengan-Nya.

    Mengulas mengenai budaya segelintir individu yang gemar meluahkan segala isi hati di media sosial, Raja Azura berpendapat setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam berdepan ujian dan menguruskan emosi.

    Sebenarnya, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana dia mencorak dan membawa dirinya. Kalau dia rasa itu yang hendak dilakukan, itu terpulang kepada dirinya.”

    Bagaimanapun, Raja Azura mengakui dirinya lebih selesa memilih untuk berdiam diri berbanding berkongsi setiap perkara di platform media sosial kerana bimbang percakapannya boleh mengundang salah faham.

    Macam saya, saya lebih suka berdiam diri. Bagi saya, semakin banyak kita bercakap, semakin banyak kita melakukan kesilapan. Saya tidak mahu jadi begitu.

    Bila saya terlalu banyak bersuara, semakin banyak saya bercakap, semakin banyak kesilapan yang saya lakukan. Jadi saya rasa bersalah kepada diri sendiri.

    Sebelum ini, hubungan antara Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian ramai selepas penyanyi yang juga anggota kumpulan Elite itu berkongsi beberapa hantaran berbentuk luahan di media sosial berkaitan kemelut keluarga yang dihadapinya.

    MENARIK:  TikTok Shop Self-Collection Kini Lagi Mudah, Boleh Dapat Voucher 50% & Peluang Menang Honda ADV160!

    Dalam perkembangan lain, Raja Azura kembali menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program realiti popular Kilauan Emas selepas 11 tahun. 

    The post [VIDEO] Raja Azura Doa Abby Abadi Diberi Ketenangan Hati, Kembali Berdamai Dengan Keluarga – ‘Pasti Ada Jalan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah