Personaliti media sosial, Yazmin Aziz mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli sejak kecil.
Yazmin Aziz pernah dibuli

Menerusi hantaran di Threads, Yazmin berkata pengalaman tersebut bukan sahaja berlaku ketika zaman persekolahan, malah berlanjutan selepas dia dewasa.
Dari kecil saya dah jadi mangsa buli. Ingatkan bila dah habis sekolah, semuanya berhenti. Rupanya tidak.
Menurut Yazmin, dia pernah berdepan layanan tidak menyenangkan daripada segelintir individu hanya kerana mempunyai latar belakang berdarah kacukan.
Dibuli kerana berdarah kacukan. Kadang-kadang tertanya juga, salah saya ke dilahirkan begini.
Komen netizen

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil memberikan kata-kata semangat kepada Yazmin.
Mereka turut menitipkan sokongan agar Yazmin terus kuat dan tidak mempersoalkan nilai dirinya hanya kerana pandangan atau layanan daripada segelintir pihak.
Sumber: Threads Yazmin Aziz
The post ‘Saya Pernah Dibuli Kerana Berdarah Kacukan, Salah Ke Dilahirkan Begini?’ – Yazmin Aziz first appeared on OHBULAN!.





