Impian memiliki kulit wajah yang bersih, sihat dan berseri bukan hanya bergantung kepada rutin penjagaan kulit semata-mata, malah pemilihan makanan harian juga memainkan peranan penting.
Artikel Berkaitan: Ahli Farmasi Nasihat Elak Beli Lima Jenis Makanan Di Bazar Ramadan – ‘Nasi Dagang, Ayam Bakar, Sosej & Nugget’
Tips kulit bersih

Seorang ahli farmasi dikenali sebagai Jasmine berkongsi beberapa jenis makanan yang wajar dielakkan sekiranya ingin mengekalkan kulit yang cantik serta mengurangkan risiko masalah jerawat.
Menerusi hantaran di TikTok, Jasmine menjelaskan terdapat beberapa makanan yang boleh mencetuskan keradangan dalam badan sekali gus memberi kesan kepada keadaan kulit.
Menurutnya, makanan yang mempunyai indeks glisemik tinggi boleh menyebabkan turun naik paras gula dalam darah dengan cepat, sekali gus memberi kesan kepada penghasilan hormon dan meningkatkan risiko keradangan pada kulit.
Jangan makan beberapa makanan ini kalau anda mahu kulit cantik. Pertama adalah adalah roti putih (kosong). Roti putih sebenaranya tinggi glycemic index yang akan membuatkan paras gula dalam darah melonjak tinggi.
Ini juga akan membawa kepada inflammation iaitu keradangan lalu memuatkan kulit menjadi lebih sensitif kemudian cepat naik jerawat. Kalau boleh makan roti yang rendah glycemic index.
Makanan kedua yang patut dielak untuk dapatkan kulit bersih adalah produk tenusu. Untuk segelintir orang, jerawat mereka lebih cepat naik disebabkan minum produk tenusu, lebih-lebih lagi yang rendah lemak.
Susu yang rendah lemak juga akan trigerred inflammation dan mengakibatkan kulit muka keluar banyak minyak atau sebum. Kalau mahu minum susu, minum yang full cream.
Tambahnya lagi, pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit kerana menjejaskan penghasilan kolagen.
Seterusnya adalah makanan manis seperti pencuci mulut. Makanan pencuci mulut kebanyakkan manis dan tinggi kandungan gula. Ini akan trigger satu proses yang dipanggil glycation yang boleh merosakkan kolagen pada kulit.
Kesannya apabila kolegan sudah tiada, kulit muka akan cepat berkedut dan kelihatan kusam kemudian nampak cepat tua.
Dalam pada itu, Jasmine turut mengingatkan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses kerana kebiasaannya mengandungi kandungan garam, lemak dan bahan pengawet yang tinggi.
Selain itu, makanan sudah diproses juga patut dielakkan kerana mengandungi banyak bahan pengawet, tinggi garam serta lemak.
Apabila jenis kulit yang sensitif dan ambil makanan sudah diproses akan akibatkan kulit banyak minyak dan menyebabkan jerawat.
Minuman-minuman manis akan naikkan gula dalam darah dan akibatkan keradangan kulit.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang mengakui faktor pemakanan sememangnya memberi kesan terhadap keadaan kulit.
Sumber: TikTok
The post Ahli Farmasi Kongsi 5 Makanan Punca Kulit Berjerawat & Cepat Kusam, Roti Putih Antara Penyebab first appeared on OHBULAN!.





