33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Apalah Amalan Dia Yang Kita Tak Tahu’ – Isteri Terharu Datuk Red Dikelilingi Insan Pemurah

    Shopee Sale

    Isteri kepada usahawan Datuk Red, Rohanita, menzahirkan rasa syukur dan kagum terhadap rezeki tidak disangka-sangka yang dikurniakan buat suaminya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Setiap Hari Dia Cakap Abang Nak Bayar Hutang, Dari Pagi Sampai Malam Berniaga’ – Isteri Datuk Red

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Lupa Bayar Hutang Ayah Saya’ – Wanita Ini Beri Peringatan Kepada Datuk Red, Dakwa Ditipu Beli Tanah RM48,000

    Apa amalan Tok Red?

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok Story, Rohanita dilihat merakam momen Datuk Red bersama peniaga sebuah restoran yang sedang beramah mesra.

    Menurut Rohanita, dia tertanya-tanya mengenai amalan Datuk Red sehingga sentiasa dikurniakan rezeki di mana sahaja dia berada.

    Tak tahu la apa amalan dia dulu-dulu yang kita tak tahu.

    Selalu nak bayar, tauke tak mahu ambil duit.

    Tambah Rohanita, antara rezeki yang sering diterima Datuk Red ialah apabila orang sekeliling bermurah hati membayarkan makanan tanpa pengetahuannya.

    MENARIK:  Peguam Sahkan Diana Danielle Nekad Mahu Bercerai – ‘Semalam Dia Bagi Arahan Untuk Proceed Terus’

    Dalam pada itu, Rohanita turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada suaminya termasuk dikurniakan pengikut yang baik dan menghargainya.

    Kadang-kadang orang meja lain dah bayarkan.

    Murah rezeki abang. Dikelilingi orang dan pengikut yang baik-baik.

    Terima kasih semua.

    Sekadar info, pada 3 Julai lalu Datuk Red dan Rohanita selamat disatukan sebagai suami dan isteri. Pernikahan mereka turut meraih lebih 15,000 tontonan di akaun rasmi TikTok Datuk Red.

    Sumber: TikTok @rhnita

    The post ‘Apalah Amalan Dia Yang Kita Tak Tahu’ – Isteri Terharu Datuk Red Dikelilingi Insan Pemurah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah