28.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ojen Aiwah Kena ‘Scam’ Dengan ‘Personal Shopper’, Lesap RM246,611

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ojen Aiwah mendakwa telah menjadi mangsa penipuan seorang wanita sebanyak RM246,611.

    Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Cekik Darah’ Jual Kunafah Di Singapura, Ojen Perjelas Kos Perbelanjaan – ‘Saya Bayar Semuanya Dalam SGD’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Syukur Dapat Bawa Keluarga Sambut Ramadan Di Tanah Suci – ‘Pengalaman Paling Mahal Dalam Hidup’

    PS scammer

    Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 29, mendakwa, wanita asal Sabah itu mengambil ubah sebagai ‘personal shopper’ kunafah yang diusahakannya. Namun, dia telah menipu dengan melakukan transaksi palsu berhubung proses pembayaran.

    Saya telah di scammed oleh seorang yang membuat khidmat PS (personal shopper) Kunafah Aiwah sebanyak hampir suku juta.

    Setakat ini, wanita Sabah berumur 35 tahun itu telah scam sebanyak RM246,611 menggunakan resit palsu, salah laku menukar dan menyunting resit palsu (CIMB dan Maybank). Scam melalui transfer bukan Qr pay.

    Wanita ini terlalu licik dan bijak, resit palsu memang sebiji macam resit sebenar, Tarikh, masa, jumlah pembelian semua sama. Dia adalah bekas seorang banker di salah satu bank di Sabah, namun sudah dibuang kerja.

    Laporan polis

    Mengakui sudah hilang sabar dengan wanita tersebut, Ojen berkata, dia akan menuntut keadilan dan akan memastikan si pelaku meringkuk di penjara atas perbuatannya.

    Resit palsu terkumpul sebanyak 200 dan semuanya palsu. Dia guna applikasi edit semua resit itu. Selama lapan bulan dia dah buat kerja ini.

    Saya dah hilang sabar sebab saya dan staff penat berniaga. Nak patah tulang bakar kunafah, namun saya pasti Allah akan bantu. Ada hikmahnya.

    Saya tidak akan lepaskan wanita ini sewenang-wenangnya. Saya akan pastikan dia meringkuk dalam penjara dan tidak dapat teruskan modus operandinya lagi.

    Sementara itu, Ojen berkata, dia sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan pada 30 Mei di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah.

    MENARIK:  [VIDEO] Neelofa Akan Menghentikan Pengeluaran Produk Innai Nunha Selepas Dua Tahun Di Pasaran

    Sumber: TikTok

    The post Ojen Aiwah Kena ‘Scam’ Dengan ‘Personal Shopper’, Lesap RM246,611 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah