Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojen Aiwahhh dilihat tidak lagi berdiam diri apabila tampil membalas kenyataan atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali berhubung isu kunafa yang disifatkan sebagai makanan ‘sampah’.
Artikel Berkaitan: Label Kunafa ‘Makanan Sampah’, Ojen Aiwah Dakwa Johan Ghazali Tak Beradab – ‘Kalau Tak Suka, Cakap Baik-Baik’
Ojen Aiwahhh tak suka makanan dihina

Menurut Ojen, dia mengakui agak terkesan dengan kontroversi yang tercetus sehingga membuatkan dirinya ‘down’ sepanjang hari.
Apa lagi yang tak kena? Ada saja yang tak puas hati dengan saya dan jenama Kunafa Aiwahhh. Terbaharu, Jojo pula boleh keluar kenyataan berunsur ‘ragebait’ atau umpan kemarahan serta provokasi dengan melabelkan kunafa sebagai makanan sampah.
Tambah pula hari ini semua umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala sempena Hari Arafah. Esok pun kita nak sambut Hari Raya Aidiladha. Tapi kecoh pula dengan benda yang tak perlu.
Dalam masa sama, Ojen menegaskan dia tidak kisah sekiranya Jojo hanya menganggap kunafa sebagai pencuci mulut yang kurang sihat, namun bukan dengan melabelkannya sebagai ‘sampah’.
Kalau tak suka kunafa sekalipun, dia (Jojo) boleh cakap baik-baik dan jangan sewenang-wenang melabel sampah terhadap makanan termasuklah kunafa.
Paling tidak pun janganlah cela makanan. Ia sumber makanan untuk yang meminati kunafa. Ia juga rezeki buat saya serta staf yang mencari rezeki dengan berniaga kunafa.
Jojo juga sebenarnya ada menghantar mesej langsung ke akaun media sosial milik saya dengan menulis kunafa semuanya sampah.
Testosteron rendah

Bukan itu sahaja, keadaan menjadi lebih panas apabila kedua-dua mereka dilihat saling berbalas kenyataan di platform Thread sehingga menarik perhatian ramai netizen.
Malah, Ojen turut mendakwa Jojo menyentuh mengenai perwatakannya yang lembut dengan mengaitkan isu testosteron rendah.
Dia siap tulis biarlah ‘rate’ atau kadar bayaran dirinya rendah selepas tewas dalam kejohanan baru-baru ini daripada memiliki testosteron rendah.
Saya balas balik kepadanya dengan menulis, biarlah testosteron rendah sekalipun, cukup adab dengan makanan di tahap tertinggi.
Dalam Islam sendiri tak tekankan soal testosteron tinggi atau rendah. Kalau nak dipandang tinggi, tinggikan adab bukannya ego. Manusia ada adab. Melayu kaya dengan adab.
Jojo siap memuat naik poster rekaan berunsur sinis memperlihatkan dirinya akan bertarung Muay Thai dengan saya.
Tentu dia akan menang besar dalam perlawanan itu. Tapi saya tak boleh melihat ‘kekalahan’ saat ada yang melabel sumber rezeki saya sebagai ‘sampah’.
Tambah Ojen lagi, dia sebenarnya pernah menawarkan tajaan kepada Jojo sebelum ini, namun ditolak kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej atlet tersebut.
Tapi hakikatnya, dia pernah mengakui minat dengan kunafa saya dan menjamahnya. Tak kisahlah sekalipun kalau dia tak mahu ditaja jenama kunafa milik saya. Itu hak dia.
Sekurang-kurangnya hormatlah saya yang pernah menaja lima ‘fighter’ termasuk Kabilan Jelevan. Kabilan sendiri ‘fighter’ yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai dimiliki keluarga Jojo.
Pembabitan saya menaja atlet Muay Thai tempatan dilakukan sebelum ini pun atas dasar mahu membantu dan menyokong arena sukan, bukannya semata-mata mengejar keuntungan.
Malah saya juga menaja filem aksi Tarung: Unforgiven baru-baru ini yang diterbitkan Aedy Ashraf. Jadi tak bolehkah Jojo menunjukkan empati dan semangat positif bersama-sama? Dan bukannya menjatuhkan orang lain termasuk saya.
Terdahulu, kontroversi itu mula hangat diperkatakan selepas Johan atau lebih mesra disapa Jojo muncul dalam sebuah podcast dan memberikan pandangan mengenai kunafa yang dianggap tidak sihat.
Walaupun tidak menyebut mana-mana jenama secara spesifik, rata-rata netizen terus mengaitkan kenyataan itu dengan jenama Kunafa Aiwahhh milik Ojen atau nama sebenarnya Zayn Rosli.
The post ‘Tidak Kisah Anggap Kunafa Pencuci Mulut Kurang Sihat, Bukan Label Makanan Sampah’ – Ojen Aiwahhh ‘Down’ Seharian first appeared on OHBULAN!.





