Malaysiakini mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca beragama Islam.
Aidiladha mengingatkan kita kepada erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan, sebagaimana terpancar dalam kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Dalam semangat hari kebesaran ini, marilah kita memperkukuh rasa ihsan dan kepedulian, terutama terhadap mereka yang memerlukan.
Kepada pembaca yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan sepanjang perjalanan.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mempererat hubungan sesama warga.





