33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rasulullah Ajar Adab Dengan Makanan’ – Isa Khan Tegur Johan Ghazali Isu Label Kunafa ‘Makanan Sampah’

    Shopee Sale

    Pelakon, Isa Khan tampil menitipkan pesanan Rasulullah S.A.W. yang jelas mengajar umatnya supaya menjaga adab terhadap makanan.

    Artikel Berkaitan: Label Kunafa ‘Makanan Sampah’, Ojen Aiwah Dakwa Johan Ghazali Tak Beradab – ‘Kalau Tak Suka, Cakap Baik-Baik’

    Artikel Berkaitan: ‘Duit Banyak Tak Ada Guna Kalau Awak Tak Sihat’ – Johan Ghazali

    Rasulullah S.A.W ajar adab

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali, menyifatkan pencuci mulut, kunafa sebagai ‘makanan sampah’ telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

    Ini bukan ragebait, ini fakta.

    Semua kunafa sampah.

    Hantaran tersebut turut menarik perhatian Isa atau nama penuhnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, yang menegaskan bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan.

    Rasulullah S.A.W. ajar adab terhadap makanan.

    Baginda tak pernah mencela makanan.

    Kalau suka, Baginda makan.

    Kalau tak suka, Baginda tinggalkan tanpa mengutuk.

    Dalam pada itu, Isa turut menegur masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya merendahkan rezeki yang ada.

    Jadi, awak siapa untuk sampahkan makanan?  

    Baru-baru ini tercetus perselisihan faham antara atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali dan usahawan Zain Rosli, sehingga menarik perhatian netizen.

    MENARIK:  [VIDEO] Aisyah Hijanah Akan Melahirkan Anak Ketiga Pada Bulan Mac – ‘Doa Kami Anak Perempuan’

    Sumber: Threads

    The post ‘Rasulullah Ajar Adab Dengan Makanan’ – Isa Khan Tegur Johan Ghazali Isu Label Kunafa ‘Makanan Sampah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah