30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peta gesa Penjara Kajang sedia menu vegan untuk Najib, banduan

    Shopee Sale

    Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) hari ini menghantar surat kepada Penjara Kajang, bagi menggesa pelaksanaan dasar hidangan vegan untuk semua banduan, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak.

    Menurut PETA, pelaksanaan menu berasaskan tumbuhan itu mampu mewujudkan suasana penjara yang lebih tenang, menjimatkan kos operasi yang besar, serta memupuk sifat empati dan keamanan dalam kalangan penghuni.

    "Malah bekas perdana menteri Najib Razak juga berhak menerima hidangan yang berprikemanusiaan dan sihat – begitu juga dengan setiap banduan lain.

    “Apabila banduan memakan daging, telur dan produk tenusu, mereka sebenarnya memakan kesakitan, ketakutan dan penderitaan yang dilalui oleh haiwan di ladang serta pusat penyembelihan.

    "Satu-satunya hidangan yang membawa keamanan ialah menu vegan, dan PETA menggesa Penjara Kajang untuk melakukan apa sahaja yang termaktub bawah bidang kuasa mereka bagi menyemai nilai tanpa keganasan dalam diri banduan," kata Presiden PETA, Jason Baker dalam satu kenyataan, hari ini.

    Organisasi itu turut menyatakan bahawa amalan pemakanan vegan dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan banduan di penjara memandangkan makanan bebas bahan haiwan tidak mengandungi kolesterol, rendah lemak tepu, serta kaya dengan serat dan antioksidan.

    Sebagai perbandingan, PETA memetik contoh sebuah penjara di Amerika Syarikat yang melaporkan pengurangan kos melebihi RM1.1 juta setelah mengeluarkan menu berasaskan daging daripada hidangan banduan mereka.

    MENARIK:  KDN: Tak sampai 1% warga China dapat kerakyatan Malaysia sejak 2010

    Dari sudut kebajikan haiwan, PETA menegaskan bahawa setiap individu yang memilih untuk menjadi vegan dapat menyelamatkan hampir 200 haiwan setiap tahun daripada penderitaan dan kematian di industri penternakan.

    Sebagai rekod Najib, dipenjarakan kerana didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd (bekas anak syarikat 1MDB).

    Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib. Dia didapati bersalah atas 7 pertuduhan yang melibatkan wang berjumlah RM42 juta yang dipindahkan dari akaun SRC International ke dalam akaun bank peribadinya.

    Pada asalnya, Najib dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada 6 tahun, dan mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Disebabkan pengurangan ini, tarikh pembebasannya, secara parol atau kelakuan baik dijangka seawal Ogos 2026.

    Bagaimanapun, Najib juga berhadapan dengan beberapa kes mahkamah lain yang berjalan secara berasingan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah