Pendakwah, Siti Nor Bahyah berkongsi waktu paling mustajab untuk umat Islam memperbanyakkan doa pada Hari Arafah iaitu bermula jam 5.18 petang sehingga 11.57 malam pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Puasa Hari Arafah: Fadhilat, Niat & Panduan Lengkap
Waktu mutajab

Menerusi perkongsian di TikTok Hot FM, Ustazah Nor Bahyah berkata seluruh Hari Arafah sememangnya merupakan waktu yang baik untuk berdoa, namun tempoh tersebut dianggap antara waktu kemuncak yang paling afdal untuk memohon kepada Allah SWT.
Doa mustajab adalah sepanjang hari Arafah, doa lah sepanjang hari itu. Cuma nak rebut waktu paling mustajab atau kemuncaknya adalah pada jam 5.18 petang sehingga 11.57 malam.
Dalam pada itu, Ustazah Nor Bahyah turut mengingatkan umat Islam mengenai kelebihan berpuasa sunat pada Hari Arafah yang mempunyai ganjaran besar seperti dijanjikan dalam hadis Rasulullah SAW.
Nabi Muhammad SAW bersabda, puasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang turut mengambil peluang berkongsi doa serta mengingatkan orang ramai agar tidak melepaskan peluang merebut keberkatan Hari Arafah.
Sekadar info, Hari Arafah merupakan hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah dan dianggap antara hari paling istimewa dalam Islam, khususnya buat umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di Padang Arafah.
Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka digalakkan untuk berpuasa sunat serta memperbanyakkan amal ibadah seperti berdoa, berzikir dan berselawat kerana hari tersebut mempunyai kelebihan yang sangat besar di sisi Allah SWT.
Sumber: TikTok
The post Hari Arafah: Waktu Kemuncak Doa Mustajab 5.18 Petang Hingga 11.57 Malam Selasa first appeared on OHBULAN!.





