28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wartawan Malaysiakini terima anugerah EAIC

    Shopee Sale

    Wartawan kanan Malaysiakini, B Nantha Kumar, menerima Anugerah Penghargaan Media Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada Majlis Apresiasi Erat (Encouraging Responsibility, Accountability and Trustworthiness) di Putrajaya, sempena ulang tahun ke-15 EAIC.

    Malam tadi, Nantha, yang pernah membongkar beberapa laporan berprofil tinggi melibatkan rasuah dalam kalangan anggota agensi penguatkuasaan serta isu hak asasi manusia, menerima anugerah itu bersama 12 wartawan lain.

    EAIC berkata anugerah itu bagi mengiktiraf perananan penting mereka dalam memperluas liputan serta meningkatkan kesedaran awam berhubung pencegahan salah laku dan pengukuhan integriti nasional.

    Majlis itu dirasmikan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, dan menghimpunkan hampir 350 tetamu, termasuk kepimpinan tertinggi EAIC, agensi penguatkuasaan, agensi rakan strategik serta anggota NGO.

    “Anugerah ini menjadi bukti kepada kerja yang kami lakukan di Malaysiakini dalam semangat kebenaran dan kebertanggungjawaban.

    “Saya benar-benar berbesar hati menerima pengiktirafan ini, dan berharap ia dapat memberi inspirasi kepada wartawan muda serta mereka yang bercita-cita menceburi bidang kewartawanan untuk memahami kepentingan Kuasa Keempat (media) kepada sesebuah negara,” kata Nantha.

    MENARIK:  Heli TLDM terhempas: Sultan Selangor zahir dukacita

    Pada majlis itu, 21 agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC turut menerima anugerah penghargaan khas atas komitmen mereka memperkukuh integriti dan tadbir urus.

    Dalam kenyataan, Pengerusi EAIC Ismail Bakar berkata majlis itu bukan sekadar program penghargaan, sebaliknya manifestasi komitmen berterusan semua ketua jabatan dalam memperkukuh budaya integriti dalam sektor penguatkuasaan.

    Dia menegaskan prinsip “justice delayed is justice denied” (keadilan yang tertangguh itu keadilan yang dinafikan) sebagai teras panduan dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

    Ismail berkata agensi penguatkuasaan perlu memikul tanggungjawab dengan akauntabiliti lebih tinggi serta impak yang jelas, dan setiap teguran, syor serta dapatan tidak harus kekal sekadar laporan, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan pembetulan yang nyata dan berkesan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah