Pelakon Siti Khadijah Abdul Halim mengakui tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga susulan dirinya yang selesa dan gembira menjalani kehidupan sebagai seorang bujang.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Tahu Apa Perasaan Dia Terhadap Saya’ – Siti Khadijah
Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Berang Foto Disunting AI Bersama ‘Daddy Ash’ – ‘Saya Cari Awak & Saman’
Kahwin lambat
Menerusi sebuah sesi podcast, Siti atau nama penuhnya Siti Khadijah Abdul Halim, 29, mendedahkan dirinya pernah menetapkan sasaran usia tertentu untuk mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, Siti yakin segala yang berlaku dalam hidupnya telah diatur dengan sebaiknya oleh Allah termasuk setiap ketentuan yang hadir pada waktu yang tepat.
Bila saya masih belum berkahwin pada usia yang saya dah pernah tetapkan sebelum ini, saya anggap belum waktunya.
Kalau ada, ada. Kalau tiada, tidak mengapa.
Saya selalu fikir mungkin ada sebab kenapa saya masih belum berkahwin. Saya percaya dengan perancangan Allah.
Dalam pada itu, Siti menzahirkan hasratnya yang pernah mengimpikan untuk berkahwin di usia muda dengan memiliki ramai cahaya mata.
Siapa saja yang tak mahu berkahwin? Kalau boleh saya nak kahwin awal dan ada ramai anak.
Saya nak di usia saya sekarang, anak dah besar.
Setiap perkara yang jadi mesti ada sebab. Bila saya berpegang dengan perkara itu, hidup saya lebih bahagia.
Sumber: TikTok @AshrappChannel
The post [VIDEO] Siti Khadijah Percaya Pada Perancangan Allah, Umur 33 Sebagai ‘Target’ Akhiri Fasa Bujang first appeared on OHBULAN!.





