33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Vacuum Mop Untuk Beginner: Ini 5 Brand Yang Senang Guna & Mesra Poket

    Shopee Sale

    Kalau dulu nak mop rumah memang kena asingkan vakum dan mop, sekarang semuanya boleh settle sekali jalan je. Sebab itu ramai dah mula beralih kepada vacuum mop terutama untuk mereka yang nak kerja mengemas jadi lebih cepat dan praktikal.

    Tapi bila start survey, mesti ramai beginner rasa pening tengok terlalu banyak pilihan dekat pasaran. Ada yang terlalu mahal, terlalu complicated atau berat nak guna setiap hari.

    Jadi kalau korang tengah cari vacuum mop yang senang guna, beginner-friendly dan masih mesra poket, ini antara brand yang ramai tengah survey sekarang.

    Corvan X8, fungsi premium tapi masih balance

    Ramai pengguna sekarang mula tertarik kepada Corvan X8 Self Clean 4-in-1 Mop, Vacuum, Steam and Sterilize sebab model ni nampak premium tetapi harga masih dalam kategori lebih ‘masuk akal’ untuk beginner.

    Dengan harga sekitar RM1,998, model ni hadir dengan fungsi vacuum, mop, steam dan sterilize dalam satu peranti. Jadi kerja membersih jadi lebih cepat tanpa perlu tukar alat lain. 

    Corvan X8 juga dilengkapi self-cleaning station, jadi roller dan habuk boleh dibersihkan secara automatik selepas digunakan. Lagi satu yang ramai suka, model ni agak mudah dikendalikan dan tak terlalu complicated untuk pengguna baru.

    Dyson WashG1, pilihan premium untuk rumah besar

    Kalau bercakap pasal vacuum premium, memang susah nak lari daripada Dyson WashG1 Wet Floor Cleaner.

    Model ni terkenal dengan kuasa pembersihan yang kuat serta reka bentuk moden yang nampak sleek. Sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman mengemas lebih premium dan rumah bersaiz lebih besar.

    Cuma dari segi harga, Dyson WashG1 memang jauh lebih premium dengan harga sekitar RM2,800 ke atas bergantung kepada seller.

    Philips AquaTrio, trusted brand yang ramai yakin

    Bagi mereka yang lebih selesa dengan brand terkenal dan dah lama dipercayai ramai, Philips AquaTrio Cordless 9000 Series Aqua Vacuum & Wash antara model yang sering masuk dalam list survey.

    Vacuum mop ni hadir dengan fungsi vacuum dan mop serentak serta reka bentuk yang nampak kemas dan moden. Pengguna beginner biasanya lebih yakin memilih Philips sebab jenama ni memang dah sinonim dengan barangan elektrik rumah.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri

    Harga model ni pula sekitar RM2,600 bergantung kepada siri dan pakej jualan.

    Xiaomi Truclean W10, antara pilihan paling bajet-friendly

    Kalau nak model lebih affordable, ramai juga survey Xiaomi Truclean W10 Ultra Wet Dry Vacuum.

    Tarikan utama model ni mestilah harga yang lebih rendah berbanding kebanyakan model premium lain. Ada model Xiaomi W10 yang boleh didapati sekitar RM800 hingga RM3,000 bergantung kepada versi.

    Untuk beginner yang baru nak cuba vacuum mop tanpa keluarkan bajet terlalu besar, Xiaomi memang antara pilihan yang ramai consider sebab fungsi asas dia dah cukup memadai untuk kegunaan harian.

    Midea, pilihan murah untuk first timer

    Satu lagi brand yang makin ramai mula survey ialah Midea 3 in 1 Floor Washer 2000RPM Vacuum Mop Wash.

    Kalau dibandingkan dengan brand premium lain, Midea lebih sesuai untuk mereka yang nak cuba vacuum mop buat kali pertama tanpa spend terlalu banyak. Harga pun jauh lebih murah, sekitar RM700 hingga RM800 saja untuk model tertentu.

    Walaupun spesifikasi mungkin lebih basic, tapi untuk apartment kecil atau kegunaan ringan harian, model macam ni dah cukup membantu.

    Kalau korang baru nak mula guna vacuum mop, tak semestinya kena terus beli model paling mahal. Yang penting, pilih model yang mudah digunakan, sesuai dengan saiz rumah dan tak membebankan bajet.

    Bagi ramai pengguna beginner, Corvan X8 sering jadi pilihan paling balance sebab fungsi dia lengkap, nampak premium dan harga masih lebih rendah berbanding sesetengah model high-end lain di pasaran. 

    Jadi, mesti korang dah tahu nak beli vacuum mop mana satu, bukan? Tunggu apa lagi, ini saatnya korang beli untuk mudahkan kehidupan korang!

    The post Vacuum Mop Untuk Beginner: Ini 5 Brand Yang Senang Guna & Mesra Poket first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah