30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam

    Shopee Sale

    Industri muzik tempatan kembali diserikan dengan pelancaran single terbaharu berjudul Tak Berlagu, sebuah karya penuh emosi yang mempertaruhkan kekuatan vokal penyanyi, Ernie Zakri.

    Lagu tema filem Khadam

    Lagu yang mengangkat tema kasih sayang, kehilangan serta pengorbanan seorang ibu ini tampil dengan susunan melodi yang cukup menyentuh perasaan pendengar.

    Dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital, Tak Berlagu turut hadir bersama video muzik di saluran YouTube Universal Music Malaysia. Nashkah ini merupakan hasil ciptaan Rendra Zawawi bersama NJWA.

    Manakala proses mixing lagu ini dikendalikan oleh pemenang Anugerah Grammy, Alvin Wee di Los Angeles dan proses mastering disempurnakan oleh seorang lagi pemenang Grammy, Jett Galindo.

    Sentuhan vokal Ernie pula diperkemaskan oleh Melina William, sementara susunan orkestrasi oleh David Ling memberikan dimensi bunyi yang lebih luas, sinematik dan megah.

    Menurut Ernie, lagu ini mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan emosinya sebagai seorang ibu sehingga membuatkan dirinya sukar menahan sebak ketika proses rakaman berlangsung.

    Saya terpanggil kerana jalan cerita ini sangat dekat dengan perasaan saya sebagai seorang ibu. Apabila mengetahui ia merupakan kerjasama antara Rendra dan NJWA, saya terus yakin untuk menerimanya.

    Sepanjang rakaman, air mata saya tidak berhenti mengalir kerana saya benar-benar dapat merasai emosi itu.

    Tak Berlagu turut menggunakan rakaman instrumen akustik secara langsung di RMP Productions oleh Rozhan Rahman. Lagu ini menampilkan alunan piano yang dimainkan sendiri oleh NJWA bersama deretan pemuzik berbakat seperti Phyllis Yau, Khalid Reduan, Benjiviolist, Jonathan Oh dan Keng Onn.

    MENARIK:  Kumpulan K-Pop N.Flying Bakal Buat Konsert Pertama Di Malaysia, Disember Ini!

    Dalam masa sama, Pengarah Kanan A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng, menjelaskan pemilihan Ernie dibuat berdasarkan kekuatan vokalnya yang mampu menyampaikan emosi secara mendalam.

    Lebih menarik, Tak Berlagu dipilih sebagai lagu tema rasmi (OST) untuk filem seram Khadam. Rendra Zawawi berkata, lagu itu dibina daripada ‘ruang sunyi’ yang menjadi asas kepada jiwa watak utama tersebut, manakala NJWA berjaya menghadirkan rasa yang lebih dekat dan tulus menerusi melodinya sebagai seorang ibu.

    Penerbit Eksekutif filem itu, Ahmad Izham Omar, menyifatkan susunan muzik Tak Berlagu sebagai antara kekuatan utama naskhah tersebut.

    Apa yang menjadikan susunan muzik ini istimewa adalah garapan melodi dan ritmanya yang dibina dengan jelas dari segi teknik dan emosi, seiring dengan jalan cerita serta perjalanan watak utama iaitu Melor,.

    Kolaborasi antara Komet Productions, Red Communications dan Universal Music Malaysia ini bukan sahaja memperluaskan promosi filem Khadam ke platform muzik, malah membuktikan karya muzik filem tempatan juga mampu berdiri sebagai sebuah hasil seni yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.

    Filem Khadam dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara tidak lama lagi.

    The post Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah