28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Tengok Tasik Pink Dan Whale Shark? Ayuh Fly Ke Perth, Western Australia Secara Direct Flight Dengan Malaysia Airlines

    Shopee Sale



    Pernah korang tercari-cari destinasi percutian atau tempat holiday yang tak jauh dari Malaysia, tapi tetap menawarkan vibe keindahan alam semula jadi yang luar biasa?

    Haa.. kami yakin ramai yang pernah terfikir perkara yang sama! Untuk pengetahuan korang, Perth adalah jawapannya!

    Hanya 5 jam 40 minit dari KL serta ditawarkan direct flight oleh Malaysia, korang berpeluang holiday tanpa jet lag berikutan zon waktu yang sama dengan Malaysia, min yakin Perth, Western Australia sememangnya menjanjikan pengalaman yang luar biasa buat para pelancong!

    Dari Tasik Pink hingga ke langit penuh bintang, Coral Coast memang luar biasa!

    Perth, Western Australia merupakan bandar yang mudah untuk diakses oleh orang ramai. Sama ada korang memilih untuk memandu sendiri atau menaiki pengangkutan awam, segalanya mudah di Perth!

    Ayuh min kongsikan tempat-tempat wajib korang lawati sepanjang Coral Coast:

    Hutt Lagoon – Tasik pink yang memang Instagrammable! Bayangkan warna airnya mampu berubah-ubah dari pastel pink ke deep red bergantung kepada musim dan waktu siang. Memang A+ untuk feed Instagram korang!

    The Pinnacles – Lokasi batu kapur purba yang unik di Nambung National Park. Buat korang yang nak experience stargazing yang next level, datanglah waktu malam sebab korang boleh nampak Milky Way yang terbentang luas!

    Kalbarri Skywalk – Khas buat yang tak ada masalah gayat, korang boleh uji  korang boleh berjalan atas platform gantung setinggi 100 meter dengan pemandangan panorama yang sangat wow!

    Coral Coast Highway – Kalau datang antara Julai hingga Oktober, korang boleh tengok lebih 12,000 spesies bunga liar berkembang mekar sepanjang highway ni. Rasa macam masuk dalam dunia fantasi!

    Suka Aktiviti Laut? Coral Coast Ada Segalanya!

    Korang pencinta hidupan laut? Inilah masanya untuk melihatnya dengan lebih dekat!

    Ningaloo Reef – Bayangkan korang boleh snorkeling terus dari pantai dan jumpa lebih 200 spesies batu karang dengan 500 spesies ikan berwarna-warni. Lebih best, korang boleh berenang dengan whale shark, ikan pari manta, dan paus humpback!

    MENARIK:  Jika Perlakon Baru Terlalu Kekwat dan Berlagak, Biarlah Dia Yang Merugi - Raja Azura

    Shark Bay dan Monkey Mia – Shark Bay merupakan tapak UNESCO yang terkenal dengan airnya yang jernih serta kehidupan marin. Jangan lepaskan peluang di Monkey Mia di mana korang boleh tengok ikan lumba-lumba liar datang berenang sampai ke pantai!

    Jurien Bay – Lokasi ini bakal menjadi saksi untuk orang berenang bersama sea lions yang comel dan jinak! Kalau korang jenis adrenaline junkie, Jurien Bay turut menawarkan pengalaman untuk korang cuba skydiving.

    Lobster Shack – Seperti namanya, Lobster Shack merupakan lubuk untuk korang nikmati hidangan lobster yang fresh dari lautan. Nak tahu apa yang lebih unik, menerusi Lobster Catching Tour, korang berpeluang tangkap lobster sambil menikmati pelayaran indah di sepanjang pantai Western Australia!

    Oh ya, korang juga turut berpeluang berenang bersama Sea Lion dengan lebih dekat semudah dapatkan pakej Sea Lions Tours! Menarik bukan?

    Malaysia Airlines sedia tawarkan tiket direct flight dengan harga promosi ke Perth – Ayuh grab segera!

    Mesti korang dah tak sabar nak explore Perth bukan? Buat masa sekarang, Malaysia Airlines tengah buat promo hebat dengan tiket direct flight pergi balik ke Perth serendah RM1,799 all-in!

    Tempoh tempahan bermula daripada 17 Februari sehingga 16 Mac 2025 manakala Tempoh perjalanan pula seawal 17 Februari sehingga 18 Disember 2025!

    Bukan itu sahaja, kalau korang book terus menerusi laman web atau aplikasi Malaysia Airlines, korang berpeluang nikmati pelbagai faedah menarik:

    • Tempah semula percuma tanpa had
    • Penjimatan besar untuk tambang kanak-kanak sehingga 25%
    • Refund tanpa sebarang masalah sekiranya mahu membuat perubahan plan
    • Pemilihan tempat duduk dan juga makanan di dalam pesawat!

    Tunggu apa lagi? Ayuh tempah sekarang dan ready untuk percutian paling epic ke Perth, Western Australia!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah