Pengacara Uyaina Arshad mendedahkan bahawa pada awalnya dia ingin menamakan anak ketiganya dengan nama ‘Urelius’, iaitu terinspirasi daripada Aurelius yang bermaksud ‘emas’ dalam bahasa Latin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Habis Pantang, Uyaina Arshad Mula Bersenam Tapi Netizen Risau Tengok Angkat Treadmill
Artikel Berkaitan: ‘SPM 7A & UM 3.5, Jadi Pengacara’ – Uyaina Arshad Belajar Lain Kerjaya Berbeza, Sifatkan Tiada Ilmu Yang Sia-Sia
Maksud ’emas’

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, menjelaskan bahawa pemilihan nama itu turut terinspirasi daripada Marcus Aurelius, seorang Maharaja Rom yang tersohor, sejajar dengan abang sulungnya yang diberi nama bertemakan Sultan Turki.
Namun begitu, Uyaina membatalkan hasratnya kerana risau nama tersebut terlalu berat bagi konteks di Malaysia dan bimbang anaknya diejek di sekolah.
Selain Uzayn, nama yang saya suka juga ialah Urelius.
Disebabkan waktu tengah mengandungkan anak ketiga, saya suka sangat dengan emas.
Sampai terfikir nak letak nama Urelius, yang diinspirasikan daripada Aurelius, bermaksud emas dalam bahasa Latin.
Lagipun, Marcus Aurelius ialah seorang Maharaja Rom yang sangat terkenal.
Jadi rasa macam nama itu ada nilai yang kuat, tambahan pula abang sulung dah guna nama Sultan Turki.
Tapi bila fikir semula, nama itu agak berat untuk konteks di Malaysia.
Risau nanti dia kena ejek di sekolah.
Kena ejek nama pada waktu sekolah memang sangat menyakitkan.
Pernah diejek

Berkongsi lebih lanjut, dia mendedahkan pernah diejek kerana nama uniknya, Uyaina, sewaktu di sekolah rendah.
Dulu saya pun pernah kena ejek sebab guna nama Uyaina masa sekolah rendah.
Diorang selalu tanya, ‘Nama apa itu Uyaina? Peliklah’.
Bila masuk sekolah menengah, saya minta orang panggil saya dengan nama Naseha iaitu nama tengah saya sebab takut kena ejek lagi.
Tapi bila masuk universiti, saya mula suruh orang panggil saya Uyaina semula.
Masa itu baru saya sedar, nama saya sebenarnya unik.
Tak ada orang lain yang guna nama Uyaina.
Sekarang saya bangga dengan nama sendiri.
Nama unik itu adalah identiti diri saya.
Sumber: Threads
The post ‘Nak Letak Nama Anak Urelius, Tapi Tak Jadi..Risau Dia Kena Ejek Di Sekolah’ – Uyaina Arshad first appeared on OHBULAN!.





