Pempengaruh dan usahawan kosmetik, Bella Park, berkongsi kisah kehilangan insan tersayang yang menjadi antara ujian paling berat dalam hidupnya selepas kehilangan abang dan bapanya tercinta.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bawa Keluarga Pergi Umrah Sambil Bercuti, Semuanya RM120K’ – Bella Park
Artikel Berkaitan: ‘Menangis Tengok Luka Czer & Perut Lepas Bersalin, Saya Tak Bagi Suami Tengok’ – Bella Park
Yakin arwah berada di tempat lebih baik

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa tertanya-tanya tentang perasaan mereka yang telah kehilangan ibu bapa serta sama ada seseorang itu mampu benar-benar pulih daripada kehilangan insan tersayang.
Maaf kalau kurang sopan, tapi saya nak tanya pada awak semua yang ibu bapa sudah tiada, apa perasaan awak semua?
Adakah rasa kehilangan itu pernah benar-benar hilang?
Hantaran tersebut turut menarik perhatian Bella yang berkongsi bahawa pemergian kedua-dua insan kesayangannya itu sememangnya amat menyakitkan, namun dia kini lebih reda dan menerima ketentuan Allah SWT dengan hati terbuka.
Saya datang dari broken family, saya hilang ayah dan abang.
Sangat menyakitkan, tetapi saya rasa lega dan reda, sebab itu dah kurang rasa sakit.
Saya terima Allah sayangkan mereka dan sangat yakin mereka berada di tempat yang lebih baik.
Menurut Bella, arwah abangnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), dan meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan langgar lari.
Namun, dia menyifatkan keadaan jenazah arwah sangat cantik, seolah-olah sedang tidur.
Dua-dua insan ini sangat baik.
Abang saya OKU, kena langgar lari tapi cantik je mayatnya macam sedang tidur.
Anak syurga.
Dalam masa sama, Bella turut berkongsi bahawa pemergian bapanya berlaku dengan mudah, selain percaya segala ujian yang dilalui arwah sepanjang hayat akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik oleh Allah SWT.
Ayah saya meninggal pun mudah sangat, arwah tersenyum masa mandi dan dikafankan.
Mayat ayah saya bau wangi dan putih.
Hidup ayah saya diuji, tapi disana Allah gantikan yang lebih baik, InsyaAllah.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Datang Dari Broken Family, Hilang Ayah & Abang’ – Bella Park first appeared on OHBULAN!.





