26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Jamumall Gigih Cari Duit Sendiri – ‘Saya Tak Boleh Serik Dalam Hidup, Ada Dua Anak Perlu Ditanggung’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall enggan berhenti mencari rezeki yang halal walaupun berdepan dengan masalah kehidupan termasuk diceraikan berkali-kali oleh suaminya iaitu Aiman Tak Kesah baru-baru ini.

    Tak akan berhenti

    Menerusi potongan video dari siaran langsung TikTok, pemilik nama Siti Suriani Wahidin berkata dia menggalas tanggungjawab yang besar untuk menjadi ibu dan ayah kepada dua orang anaknya.

    Jelas Siti lagi, dia perlu menanggung kedua anak-anaknya yang kini berada di bawah penjagaannya.

    Saya tidak boleh serik dalam hidup saya. Saya tidak boleh berhenti buat kerja saya sebab ada dua orang anak yang perlu dinafkahkan (ditanggung).

    Itu bukan tanggungjawab Aiman. Tanggungjawab Aiman hanya yang dalam perut sahaja.

    Rasanya saya akan 10 kali ganda tersakiti jika keluarga tidak memberi sokongan kepada saya, tiada duit dan rumah.

    Penting untuk berdikari cari duit sendiri, ada rumah dan kereta sendiri.

    Mengulas mengenai masalah yang dihadapi, Siti berkata bayi yang dikandung itu sudah melalui pelbagai cabaran dan halangan dalam kehidupan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Bantu Selamatkan Anak Anjing – ‘Kalau Dibiarkan Kesian Pada Mereka’

    Susulan itu, dia berharap anaknya akan membesar menjadi anak yang solehah.

    Betapa kuatnya baby yang ada dalam perut ini kerana telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang saya mengandung.

    Kadang-kadang saya terfikir, ‘ya Allah kuatnya budak dalam perut ini’.

    Doakan anak saya (dalam perut) selamat membesar, dilahirkan dengan sihat dan membesar menjadi wanita yang solehah.

    Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

    Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah