Pelakon, Jaa Suzuran menegaskan bahawa golongan ibu tunggal dan wanita berstatus janda tidak wajar dipandang serong atau diperlekehkan hanya kerana status yang mereka sandang.
Artikel Berkaitan: Bengang Hun Haqeem Dituduh B*d*h & Lemah, Jaa Suzuran Selar Kenyataan Netizen – ‘Susah Ke Nak Doa Yang Baik Untuk Orang?’
Artikel Berkaitan: Jaa Suzuran Harap Kes Abang & Eda Ezrin Segera Selesai, Tak Sabar Terima Khabar Gembira – ‘Raya Keluarga Pergi Melawat, Mereka Sihat’
Sudi terima janda

Ketika ditemui , Jaa atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ahmad, 32, berkata dia sering membaca komen di platform Threads mengenai segelintir individu yang tidak mendapat restu keluarga untuk meneruskan hubungan hanya kerana pasangan mereka berstatus janda.
Saya selalu degar kalau ada orang dapat tahu wanita itu berstatus ‘Single mum’ dan ‘Miss J’, mereka nak perlekehkan.
Saya selalu baca komen di Threads, mereka beritahu ibu mereka tidak setuju dengan sesebuah hubungan, kerana perempuan itu berstatus janda.
Janda pun manusia juga.
Sama ada lelaki mahupun wanita, kedua-duanya tidak layak untuk dikecewakan dan berhak untuk mendapat kebahagiaan.
Jaa berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran trailer filem ‘Tiket Sehala’ di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya, pada Khamis.
Bercerita lanjut mengenai borang Persatuan Single Malaysia yang dimuat naiknya sebelum ini, Jaa berkata inisiatif mencari kenalan baharu itu menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Jelas Jaa lagi, dia mengalu-alukan penyertaan golongan ibu tunggal serta berharap mereka yang mengisi borang tersebut benar-benar ikhlas untuk menjalinkan hubungan.
Ramai yang baru putus cinta dan menggunakan aplikasi Threads untuk meluahkan perasaan yang dipendam.
Tapi saya mahu yang sudah sebulan putus dan bukan baru tiga hari ‘break up’ untuk isi borang itu.
Saya juga mengalu-alukan golongan ibu tunggal untuk isi borang tapi mereka yang ada dua anak sahaja, itu paling maksimum.
Walaupun saya cuma bergurau muat naik borang itu tapi ada sambutan dan ada juga yang ikhlas nak berkawan.
Kalau ada calon yang sesuai untuk menjadi suri hati saya, adalah.
Saya mungkin bergurau untuk mencari janda, tetapi bila ada yang datang nak berkawan kini sudah jadi serius pula.
The post Jaa Suzuran Pertahan Ibu Tunggal & Janda – ‘Mereka Manusia, Berhak Bahagia’ first appeared on OHBULAN!.





