30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Giliran bekas Adun Gemas pula pilih menjauh dari Bersatu

    Shopee Sale

    Timbalan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan yang juga bekas Adun Gemas, Ridzuan Ahmad, mengumumkan peletakan jawatan dan pengundurannya dari parti itu berkuat kuasa serta-merta.

    Dalam kenyataan hari ini, Ridzuan berkata, keputusan itu dibuat selepas dia membuat pertimbangan yang panjang serta meneliti perkembangan semasa politik di Negeri Sembilan.

    "Keputusan ini diambil setelah melalui pertimbangan yang panjang, penelitian yang mendalam serta muhasabah peribadi terhadap perkembangan politik semasa di Negeri Sembilan.

    "Saya percaya bahawa langkah ini selaras dengan prinsip dan pendirian saya untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat, khususnya pengundi di DUN Gemas," katanya.

    Pengumuman dibuat Ridzuan itu menyusul selepas sejumlah tokoh politik kanan mengumumkan pengunduran mereka dari Bersatu, sama ada melibatkan jawatan dalaman atau keanggotaan.

    Kelmarin, Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah melepaskan jawatannya sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti itu atas alasan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri yang berbaki kira-kira setahun sebelum tamat penggal.

    Selain Abu Bakar, Adun Sena yang juga exco Perlis, Marzita Mansor, turut mengambil keputusan sama apabila menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli MPT pada minggu lalu.

    MENARIK:  Amnesty: K'jaan perlu ambil serius kes dera di depoh tahanan Imigresen

    Seorang lagi ahli MPT Bersatu, Aziman Hadi Nazri, turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta selain melepaskan jawatan sebagai Exco Pemuda Bersatu (Armada) Nasional.

    Tidak ketinggalan, Ketua Bersatu Bukit Bintang, Rosman Mohd Nordin, yang mengambil langkah keluar parti bersama barisan kepimpinan bahagian serta kira-kira 150 ahli.

    Dalam kenyataa hari ini Ridzuan turut merakamkan penghargaan kepada presiden, barisan kepimpinan serta ahli-ahli Bersatu atas kerjasama yang diberikan kepadanya sepanjang penglibatan dia dalam parti itu.

    Katanya, dia tetap menghormati sumbangan dan dedikasi semua pihak dalam membina Bersatu.

    Mengulas peranancangannya selepas meninggalkan parti, Ridzuan berkata, dia akan terus aktif dalam politik Negeri Sembilan sebagai ahli politik "bebas dan berprinsip".

    "Saya akan terus memainkan perananan aktif dalam politik Negeri Sembilan dengan pendekatan yang bebas dan berprinsip demi memastikan suara rakyat Gemas didengar.

    “Kepentingan mereka akan terus diperjuangkan dalam mana-mana platform atau kerjasama yang membawa manfaat kepada negeri dan negara," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah