30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Profesional, Perhatian Apa Yang Kau Nak?’ – Jazmy Juma Tak Pilih Media Sosial Sebagai Tempat Teguran

    Shopee Sale

    Pelakon Jazmy Juma berpendapat tiada jalan penyelesaian dapat dicapai sekiranya seseorang memilih untuk menegur menerusi media sosial berbanding bertemu dan berbincang secara bersemuka.

    Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk 6 Tahun, Sentiasa Ada Di Sisi Saya Setiap Jatuh Bangun’ – Jazmy Juma Titip Ucapan Buat Isteri

    Artikel Berkaitan: Jazmy Juma Mahu Berlakon Genre ‘Psycho Thriller’ & Komedi – ‘Saya Tak Tahu Apa Akan Jadi Tapi Nak Cuba’

    Tak profesional luah dekat media sosial

    Ketika ditemui , Jazmy, 28, menyifatkan tindakan menegur di media sosial sesuatu yang tidak profesional.

    Dalam pada itu, Jazmy menjelaskan dia lebih memilih menyelesaikan sebarang salah faham atau konflik secara bersemuka dengan individu yang dirasakan mempunyai masalah dengannya.

    Tak profesional.

    Saya tak tahu kenapa ada yang begitu tapi saya akan terus berjumpa dengan orang yang saya rasa ada masalah dengannya.

    Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV, KLCC, pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Pak Nil Tolong Settle Isu ‘Double Park’, Siap Masuk Kedai Tanya Siapa ‘Owner’ Kereta – ‘Dah Masuk Kereta Tak Minta Maaf Pun’

    Selain itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut mempersoalkan perhatian yang cuba diraih oleh individu yang memilih untuk bertindak sedemikian.

    Menurut Jazmy, sebarang konflik sebaiknya diselesaikan menerusi perbincangan secara bersemuka supaya kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat.

    Nak post dekat Threads buat apa? Perhatian apa yang kau nak?

    Kita dah besar. Kalau tak puas hati, cakap saja depan-depan. Semua perkara boleh bincang.

    Perkara ini tidak ditujukan kepada sesiapa, hanya secara umum.

    Minta-mintalah saya juga tidak sebegitu.

    Imbas kembali, nama Jazmy Juma menjadi sebutan susulan dakwaan yang dibuat oleh seorang rakan selebriti yang mengatakan pelakon watak utama Yes! Captain Zul Aaryan itu memiliki masalah adab di set penggambaran.

    Bagaimanapun, Jazmy menafikan dakwaan tersebut sekali gus menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana individu, khususnya dalam industri seni.

    The post ‘Tak Profesional, Perhatian Apa Yang Kau Nak?’ – Jazmy Juma Tak Pilih Media Sosial Sebagai Tempat Teguran first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah