27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ziana Zain Ulas Desas-Desus Gelaran ‘Datuk’ – ‘Kena Ada Class, Biar Gelaran Itu Datang Dekat Kita’

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tidak mengharapkan menerima sebarang gelaran darjah kebesaran dari mana-mana pihak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa, Walaupun Dah Tak Serumah.. Berilah Sesuatu Tanda Ingatan’ – Ziana Zain

    Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bertanding Tak Dapat Duit Atau Elaun Dari Syarikat Rakaman’ – Ziana Zain

    Gelaran Datuk

    Ketika ditemui , penyanyi terkenal Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, mengulas desas-desus mengenai dakwaan bakal dikurniakan gelaran Datuk daripada sebuah negeri.

    Menurut Ziana, setakat ini tiada mana-mana pihak yang menghubunginya mengenai perkara tersebut sekali gus terbuka menerima sekiranya gelaran Datuk itu menjadi rezeki yang dikurniakan Tuhan.

    Saya tidak tahu nak kata apa-apa sebab benda ini memang sudah lama berlegar-legar. Ada sahaja yang bertanya kepada saya, tapi hanya bergantung kepada rezeki.

    Saya memang tidak tahu mengenai perkara ini. Tiada pula yang datang mencari saya.

    Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis Muzik Lab: Hab Kreatif Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) di Mcdonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Danial Chuer Syukur Dianugerakan Graduan Terbaik UiTM, Bakal Terima Satu Dinar Emas & Pingat Sebagai Hadiah

    Dalam pada itu, pelantun lagu Madah Berhelah menegaskan bahawa dia tidak mengejar sebarang gelaran, sebaliknya hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya utamanya sebagai seorang penyanyi.

    Saya tidak pernah fikir untuk dapat gelaran itu. Yang penting ialah saya menyanyi dan hiburkan orang ramai.

    Saya tidak pernah kejar gelaran itu. Itu semua Allah bagi. Sebagai penyanyi, kena ada ‘class’ sendiri, biar gelaran itu sendiri datang dekat kita.

    The post Ziana Zain Ulas Desas-Desus Gelaran ‘Datuk’ – ‘Kena Ada Class, Biar Gelaran Itu Datang Dekat Kita’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah