Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi panduan mengenai ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih menurut syariah Islam.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Mereka-Reka Firman Allah SWT’ – Dr Zulkifli
Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Titip Doa Tersentuh Lihat Aksi Kanak-Kanak Guna Straw Jadi Mikrofon, Berlakon Imam
Cara pilih pemimpin
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Zulkifli menegaskan bahawa pemilihan pemimpin bukan sekadar berasaskan populariti sebaliknya perlu memilih individu yang mampu memikul amanah besar.
Selain itu, Dr Zulkifli turut menyenaraikan lima ciri pemimpin yang wajar dipilih berdasarkan sifat-sifat yang dianjurkan dalam Islam.
Memilih pemimpin bukan sekadar memilih seorang individu, tetapi memilih insan yang akan memikul amanah besar dalam memimpin agama, menjaga kebajikan rakyat, dan mengurus tadbir negara.
Janganlah kita memilih hanya kerana populariti, emosi, atau kepentingan diri.
Sebaliknya, pilihlah berdasarkan sifat yang dianjurkan oleh Islam.
Beriman dan bertakwa kepada Allah, amanah serta jujur dalam memikul tanggungjawab, berilmu dan berkeupayaan mentabdir, berlaku adil kepada semua dan yang terakhir berakhlak mulia dan menjaga kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, Dr Zulkifli menzahirkan harapan agar negara dikurniakan pemimpin yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam melaksanakan amanah kepimpinan.
Marilah kita memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan pemimpin yang bertakwa, adil, amanah, dan sentiasa meletakkan maslahat umat mengatasi kepentingan peribadi.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita pemimpin yang memimpin dengan amanah, menegakkan keadilan, dan membawa keberkatan kepada agama, bangsa, dan negara.
Sumber: Threads @drzulkifli.albakri
The post Dr Zulkifli Kongsi Ciri-Ciri Pemimpin Yang Perlu Dipilih – ‘Janganlah Kerana Populariti’ first appeared on OHBULAN!.





